Sudah hampir jam 12 tengah malam. Dentingan jarum jam terus berlegar dalam kesunyian suasana rumah itu. Isterinya masih juga belum pulang.
Johan berdiri di jendela sambil memandang ke jalan di hadapan rumah. Berharap agar kereta isterinya muncul di situ. Namun hampa. Rusuh hatinya membuatkan dia tidak mampu lena. Panas buntut!
Hanya setelah hampir 12.30 tengah malam barulah kereta Toyota Camry milik Lyn muncul di depan pintu pagar. Johan lekas-lekas duduk di birai katil. Menanti isterinya masuk ke kamar mereka.
Lyn pergi menjengah bilik tidur dua anak daranya itu. Dua anak itu lena pulas saat dipandang oleh sang ibu. Perlahan jemari Lyn mengusap kepala anak-anaknya. Dan hatinya dijeruk kesedihan yang amat dalam.
“I love both of you,” bisik Lyn seorang diri. Hatinya kembali dirantai kesedihan entah kenapa. Polos wajah sang anak menyentuh hatinya.
Puas memandang dua anak itu barulah Lyn bangkit untuk ke biliknya pula.
Johan menoleh setelah terdengar pintu biliknya dibuka dari luar. Lyn masuk tanpa menyapa biarpun melihat suaminya sedang duduk macam tunggul di birai katil. Dengan selamba dia menanggalkan gaunnya lalu mencapai tuala.
Johan menelan air liur. Seksi. Tapi tak gunalah dia berkehendak dalam keadaan begini. Takut makan penerajang pula dia nanti. Sudahnya dia berbaring. Biarpun terlalu ingin tahu apa yang dibuat oleh isterinya, dia tidak berani hendak bertanya. Bimbang jawapannya nanti menyakitkan hati.
Selesai mengenakan pakaian tidur, Lyn pergi ke wardrobe. Di dalam sana, dia mencari pakaian-pakaian lama yang sudah lama terperuk di dalam kotak.
“Lyn?” tegur Johan.
Lyn hanya diam. Tidak berminat hendak berbual dengan suaminya sama sekali.
Johan terbidik-bidik memerhatikan Lyn mengangkat sebuah kotak lalu dibawa ke dalam bilik lain. Puas dia menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu hendak berkata apa dalam keadaan isterinya boikot bercakap dengannya.
Setelah selesai urusannya, barulah Lyn mendapatkan anak bongsunya.
“Sorry, sayang mummy….” bisik Lyn sebelum anak itu diangkatnya. Kepala anak lelakinya dikucup berkali-kali. Seterusnya dia berlalu ke pintu bersama anaknya itu.
“Lyn, nak ke mana tu?” tanya Johan. Namun wanita itu terus keluar tidak membalas pertanyaannya.
Johan lekas bangun. Di luar dia melihat isterinya membuka pintu salah sebuah bilik lalu masuk. Namun baru dia hendak masuk, pintu itu terus ditutup Lyn dari dalam. Terkedu Johan di depan pintu. Namun segera dia membuka semula pintu itu.
Di dalam kamar itu, Lyn meletakkan anak lelakinya di tengah katil sebelum dia berlalu semula ke pintu.
“Get out!” ucap Lyn lalu suaminya itu ditolak. Seterusnya pintu itu dikuncinya.
Terkulat-kulat Johan di depan pintu itu. Mahu mengetuk, bimbang dia mengganggu lena anak-anak.
“Lyn, bukanlah pintu itu kejap,” rayu Johan dengan ketukan yang amat perlahan. Namun Lyn hanya membisu sambil melayani anak kecilnya yang dahagakan susu daripada tubuhnya.
“Lyn,” panggil Johan lagi. Hampa. Tiada balasan langsung daripada sang isteri.
Sudahnya Johan kembali ke kamar tidurnya.
Berharap benar esok lusa isterinya akan sejuk hati. Namun saat memandang ruangan perbaringan isterinya hanya kosong, dia tidak mampu lena. Selalunya ruangan itu hanya kosong jika isterinya ke luar negara. Hatinya pedih. Tuannya ada, tapi tiada dekat dengannya; tidak mampu didekatinya; tidak peduli kepadanya.
Itu barulah namanya diabaikan!
Johan terjaga pagi itu tanpa dikejutkan sesiapa. Namun matanya terpandangkan jam sudah ke angka 8 pagi.
“Alamak!” Lelaki itu lekas-lekas bangun meninggalkan katil. Baru perasan rumah itu sudah sunyi sepi tanpa kehadiran anak-anak dan Lyn. Dia mengagak Lyn sudah ke pejabat tanpa mengejutkannya.
Kelam-kabut Johan mandi. Subuhnya dikerjakan ketika matahari sudah bersinar terang. Nampaknya isterinya itu sudah melancarkan boikot terhadapnya.
Selesai berpakaian, dia berlarian turun ke bawah. Kelihatan Bibik Sutinah berdiri di ambang dapur memandang hairan ke arahnya.
“Puan mana?”
“Sudah ke kantor tadi lagi,” jawab Bibik Sutinah.
Johan mendecit sambil menggeleng sebelum dia mencapai kunci keretanya. Hampir jam 9 barulah dia tiba di pejabat.
“Lambat kau datang ofis?” tegur Rosman yang hendak kembali ke biliknya.
“Isteri aku tak kejut. Aku bangun lambat,” jawab Johan sambil menolak pintu biliknya.
“Sementara ada tukang kejut itulah kena hargai. Sekarang dia dah tak kejutkan, baru kau tahu.”
Langkah Johan terhenti sebelum masuk ke biliknya.
“Aku tak perlukan komen kau kalau kau sekadar nak padankan muka aku, Man. Ini hidup aku! Tak payah perli-perli aku?”
“Suka hati kaulah. Awal-awal macam ni memang kau tak akan dengar nasihat aku. Nanti bila dah parah, baru kau meroyan.” Rosman berkata lagi sebelum dia kembali ke biliknya.
“By the way… projek di Vietnam sekarang di bawah pengurusan aku,” ujar Rosman tanpa menghentikan langkahnya.
“Hah?”
“Sebab itulah kena datang awal. Kau dah terlepas meeting.”
Tidak berpuas hati, Johan segera mencari bilik isterinya. Dia menerpa tanpa meminta izin daripada setiausaha wanita itu. Lyn yang sedang membaca sebuah buku segera mengangkat pandangan.
“What can I do for you?” ucap Lyn biasa.
“Kenapa Rosman yang uruskan projek di Vietnam? Projek tu di bawah seliaan abang.”
Lyn mengambil satu salinan dokumen sebelum dicampakkan ke hujung mejanya.
“Come, read the papers.”
Johan memandang seketika dokumen itu sebelum diambilnya. Matanya terpandangkan beberapa helai penyata kad kredit yang dia gunakan selama ini.
“Selain Munirah, siapa lagi yang you bawa ke Hanoi?” tanya Lyn sambil dia terus membaca buku itu. Helaian yang dibaca diselak pula ke sebelah.
“Err…” Johan sudah mula tergaru-garu. Penyata itu jelas menunjukkan harga tiket penerbangan berharga ribuan ringgit untuk dua orang. Malah ada bayaran tambahan dikenakan untuk kargo.
“I tak perlukan penjelasan lagi, kan? I dah tahu siapa yang ke Hanoi dengan you. Kebetulan Syiha pun bercuti. Balik kampung kononnya….”
“Bukan macam tu, Lyn. Sebenarnya abang tertinggal flight hari tu. So, abang kena hooker yang baru.”
“I boleh semak dengan syarikat penerbangan Johan. I tahu caranya.”
Gulp! Johan terpaku memandang riak wajah isterinya yang cukup tenang. Ketenangan itulah yang membuatkan dia berada tidak senang hidup. Tanda ada sesuatu yang tidak mampu dibaca dalam fikiran isterinya.
“What? You nak berdiri saja tanpa jelaskan apa-apa?” telah Lyn dalam nada tenang.
“I tried explaining but you…”
“I’m definitely not buying it! Don’t lie to me,” pintas Lyn sedikit tegas nadanya.
“Okey… abang minta maaf. Ini semua dulu. Sekarang abang tak mungkin…”
“Tak cukup you lingkupkan hidup you, rumah tangga kita…. sekarang you cuba lingkupkan syarikat ni pulak?” Lyn memintas bicara suaminya dalam nada selamba, membuatkan Johan terdiam.
“I feel bad about you and me but not sure why. I need the answer. Apa istimewanya perempuan tu sampai you sanggup jadi bodoh untuk dia?” tanya Lyn sambil dia bersandar ke penyandar kerusi memandang tepat suaminya itu.
“Lyn, abang tak mahu jawab soalan tu. Abang tak mahu keadaan kita bertambah teruk.”
“Really?” Lyn ketawa kecil. Lucu dengan jawapan Johan.
“Dengan I, you kata you tak mahu keadaan ni bertambah teruk. Ironisnya dengan perempuan tu you buat sesuka hati sampai hidup kita jadi macam ni. You rasa macam mana?” ucap Lyn lagi.
Johan terdiam. Berdiri tegak memandang isterinya itu. Sungguh! Dia sukar untuk membaca apa yang sedang tersimpan dalam diri Lyn. Nak kata kecewa, terluka…. dia tidak nampak reaksi itu.
“You handle semua projek Rosman,” ucap Lyn dalam nada bos. Di sini tiada suami isteri. Dia ketua, dia yang memberi arahan.
“Lyn pun tahu Rosman hanya handle projek di sini, kan?” Walaupun agak tipis harapannya, Johan cuba juga membantah.
“So?” Lyn menjongketkan bahu sambil menayang riak wajah selamba.
Johan menghela nafas panjang.
“Kalau Lyn nak marah abang, marah aja. Jangan buat macam ni. Jangan libatkan tugas abang di sini.”
“You ni luculah, Johan. You rasa I kejam buat keputusan macam ni? Selama ni you lupa agaknya, Rosman tu Head of Development Department. You ialah Vice GM. Dia boleh ganti tempat you bila-bila masa aja.”
Bicara Lyn menyentak tangkai hati Johan.
“So, Lyn nak pecat abang sebagai balasan perbuatan abang?”
“Mungkin. Kita tengok nanti,” jawab Lyn biasa.
“Jangan lupa, abang ni juga salah seorang pemegang ekuiti di sini, Lyn!” balas Johan mula naik darah dengan gelagat isterinya.
“Ekuiti you hanya 11 percent. You tak ada kuasa buat keputusan, Johan. Dengan kertas di tangan you tu, MD boleh pecat you bila-bila masa saja.” Lyn membalas dengan sedikit senyuman.
Johan terdiam dalam pada dirinya sedaya upaya menahan marah.
Lyn tersenyum sebelum dia bangun untuk menutup tirai agar tiada sesiapa melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu. Kemudian dia mendekati Johan. Punggungnya dilabuhkan di birai meja, dekat dengan suaminya.
“I tak sekejam itu kerana you masih ada anak-anak kecil yang perlu disuap.”
“Then, kenapa buat macam ni? Ini hal rumah tangga kita! Kenapa biarkan Rosman mengatasi kedudukan abang???” balas Johan berang.
“I buat keputusan selama you masih buta, tak tahu beza antara betul dan salah. You salah gunakan kelebihan sang syarikat beri pada you. I memang pantang staf guna kelebihan tu untuk urusan peribadi. You ingat syarikat ini tugasnya untuk tanggung kos selama you pergi berseronok dengan gold digger tu? Selama ni you tak pernah buat macam ni bila dengan I! Apa istimewanya perempuan tu???” Lyn mula mengeraskan suaranya.
“Itu semua dulu. Abang dah menyesal. Abang tak akan buat lagi. Lyn nak abang cakap apa lagi?”
“I beri you peluang sekali lagi demi anak-anak you, Johan. Apa yang jadi, dah pun terjadi. Maaf tak memadai. Dan I tak akan maafkan begitu sahaja tanpa beri pengajaran pada kecuaian you yang dulu.”
“Lyn, abang janji tak akan sia-siakan Lyn lagi. Cuma sekali ni, beri abang peluang untuk selesaikan segala projek yang abang dah mulakan. Urusan kita tiada kena-mengena dengan syarikat ni.”
“No! I maksudkan I tak pecat you sekarang sebab anak-anak kita. Ini tak ada kena-mengena dengan I. You rasa I gunakan kuasa I untuk balas dendam pada you???” pintas Lyn dalam nada meninggi.
Melurut jatuh bahu Johan tanda kekecewaan kembali menjadi makanannya.
“Abang tak biasa hidup tanpa Lyn. Sayang….”
“Kalau tak ada apa-apa lagi, tolong keluar sekarang.” Lyn memintas tanpa mahu mendengar pujuk rayu Johan selanjutnya. Semua itu kosong belaka. Punggungnya diangkat. Mahu kembali ke kerusinya.
“Lyn, nanti dulu. Sampai bila kita akan macam ni?” tekan Johan sambil mencapai pergelangan tangan isterinya.
“Lepas!” ucap Lyn serius. Matanya sempat memandang pergelangan tangannya yang sedang dipegang erat oleh Johan.
“Tolonglah beri abang peluang untuk perbaiki kesalahan abang. Abang merayu sangat-sangat ni, sayang.”
“Jangan panggil I macam tu lagi. I dah menyampah! Sekarang jalan untuk you bersama dengan Syiha sedang terbuka luas. Kenapa berhenti?”
“Abang khilaf, Lyn. Mula-mula dulu abang hanya berkawan biasa dengan dia. Abang tak pernah berniat nak kahwin dengan dia. Tapi keadaan jadi sebaliknya,” ujar Johan bersungguh-sungguh.
“Eh! Itu semua bukan salah you, Johan. Semua ni jadi, sebab salah I, kan? I tak ada masa untuk belai you sepanjang malam. You lelaki yang manja, nak kena ditimang-timang setiap malam. Johan, selama perkahwinan kita, you bukanlah suami yang serba-serbi sempurna. I tahu setiap kelemahan you. I telan setiap kekurangan you tanpa sedetik pun terasa nak menggantikannya dengan lelaki lain yang mampu memahami. Tapi kekurangan I dijaja, dijadikan sebab untuk you pilih perempuan lain. 7 tahun mungkin dah cukup lama. You bosan jadi suami yang setia!”
Johan tunduk menadah bicara isterinya.
“I tanya apa keistimewaan Syiha. Dia manja? Dia pandai layan you? Dia sanggup buat apa saja untuk you? Yes? Waktu belum kahwin apa pun boleh, Johan. Tapi I ni ada anak-anak. Ramai anak! You jugak yang minta nak anak ramai. Susah senang I, you tak faham. Yang you tahu minta kehendak you dilayani. Minta sesuatu yang I tak mampu beri. You tahu I tak boleh berhenti kerja untuk 5 tahun tu. I terikat dengan kontrak. HQ di Dubai, Johan. Sudah tentulah I akan selalu ke sana. Lainlah kalau I kerja dengan MAS. Setiap kali ada kemalangan, I kena jawab untuk setiap nyawa yang ada dalam flight tu. Berapa kali I nak kena bagi you faham? Tapi setiap kali I kena pergi kerja, waktu itulah masa terbaik untuk you cari gaduh, ungkit semua tu. Seksa perasaan I! Gambaran sebagai isteri yang paling teruk! You ingat I ni patung ke???” tekan Lyn sedikit lantang.
“Abang faham, sayang. Keadaan tu tak akan berlaku lagi. Abang janji!” balas Johan bersungguh-sungguh. Dia lebih suka melihat Lyn marah-marah kepadanya. Apabila isterinya tenang, itulah saat yang paling bahaya untuknya. Kerana dia tahu, saat itu Lyn akan buat apa sahaja tanpa takut apa-apa.
Lyn menghela nafas perlahan. Enggan lagi menyebut tentang semua itu. Tiada guna pun untuk dia mengungkitnya lagi.
“Keluar sekarang. I tak mahu bercakap panjang lagi tentang ini. Semua tu sia-sia aja.”
Johan berpaling sambil menghela nafas perlahan. Akur. Bukan semudah itu dia dapat memujuk Lyn setelah apa yang dibuatnya. Dia sedar, setiap kelukaan yang diberikan kepada isterinya, dia harus membayarnya semula dengan harga yang cukup mahal.
Khidmat sex rahsia utk wanita...0199087846 gigo.
BalasPadamSecret sex service for ladies or wife...0199087846 gigo.
BalasPadamIngin merasa btg bertayam. Hubungi 0173821126 bila2 masa.Semua samada gadis,isteri atau janda.Percuma sekali dgn urut satu badan.
BalasPadam