Lyn memandang sekeliling setelah masuk ke dalam rumah. Suasana masih sama seperti yang dia tinggalkan kira-kira beberapa bulan dulu. Kemas dan bersih.
“Jom naik atas,” ajak Johan sambil menghulurkan tangan kepada sang isteri.
Huluran tangan itu segera disambut wanita itu. Mereka mendaki tangga bersama.
Kamar tidur mereka tidak berubah. Semuanya masih setia menyimpan suka dan duka mereka semenjak mula mereka berpindah ke rumah ini.
“Tak rindu?” tanya Johan lembut.
“Rindu,” jawab Lyn perlahan. Namun memandang ranjang itu, hatinya sedikit pedih. Itulah tempat dia menanti Johan pulang setiap hari dalam keadaan hatinya menangis.
“Kita akan kembali semula ke rumah ini suatu hari nanti. Insya-Allah,” bisik Johan setelah mendekatkan wajahnya kepada wanita itu. Bibir sang isteri dipagut lama. Lama-kelamaan mula ada balasan daripada sang isteri tanda keinginan mereka sama.
Darah kian berdesir laju di pembuluh darah tatkala ada jemari lembut mula meleraikan ikatan tali lehernya. Penuh kelembutan jemari itu juga melepaskan satu per satu butang baju suaminya sehingga tubuh sasa itu terhidang di hadapan mata.
Johan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Berniat mahu mematikan telefon itu. Tidak ingin ada sebarang gangguan. Tetapi Lyn melarang. Bimbang ada panggilan dari rumah. Sudahnya Johan mencampakkan telefonnya ke atas tilam.
Sayang? Ya, dia masih terlalu sayangkan lelaki ini. Leher Johan dicumbuinya lembut.
“Abang dah lama tunggu saat ni,” bisik Johan sebelum wanita itu dicempungnya lalu diletakkan di atas katil.
Menggelegak nafsu lelaki itu saat memandang isterinya mula menurunkan zip pada belakang dressnya. Tidak sempat zip itu sampai ke bawah, Johan sudah menolak isterinya agar berbaring. Bukan main gelojoh lagi. Macam orang kebuluran setahun tidak bertemu makanan. Tetapi kemudian, ada bunyi aneh dekat di telinga Lyn. Juga ada getaran terasa di atas tilam itu.
“Apa tu? Bisinglah, abang!” gerutu wanita itu sambil menolak sang suami. Mahu Johan menjawab panggilan itu.
Johan mengeluh sedikit. Tadi dia hendak mematikan telefon bimbit, tetapi Lyn tidak setuju. Bimbang ada panggilan penting. Sekarang objek itu menganggu mereka. Lelaki itu menyeluk tepian bantal untuk mencari telefonnya.
Tidak sempat memastikan si pemanggil, dia terus melekapkan telefon ke telinga.
“Helo.”
“Abang, Syiha ada hal nak cakap dengan abang…”
Johan bingkas bangun tanpa mendengar bicara Syiha selanjutnya. Macam terkena renjatan elektrik. Sapaan suara gadis itu tidak dijawabnya, sebaliknya dia ke jendela lalu telefon itu dicampaknya keluar akibat naik angin.
“Abang buat apa tu???” tekan Lyn terkejut melihat Johan membuang telefonnya ke luar.
“Tak pening dah kepala abang,” jawab Johan sakit hati. Dia tengah baik punya memadu kasih, gadis itu mengganggunya pula. Bosan dia melayan!
“Siapa?”
“Siapa lagi? Dah kena block pun dia boleh call lagi,” jawab Johan perlahan. Dia ingat kakaknya yang menghubungi.
Lyn terpaku memandang lelaki itu duduk di birai katil.
“Tukar ajalah nombor phone tu,” cadang Lyn sambil meletakkan tangannya di belakang tubuh Johan lalu dielus lembut.
“Tengoklah nanti,” jawab Johan perlahan. Bukannya dia tidak terfikir tentang itu, tetapi susah pula nanti. Kebanyakan urusan kerjanya menggunakan nombor yang sama.
“Tak jadi ke?” tanya Lyn perlahan.
Johan menoleh ke arah isterinya.
“Mana boleh tak jadi. Jadi!” jawab Johan mula segar semula perasaannya.
Sejam kemudian…
Melihat Johan sudah terlelap, Lyn keluar dari bilik. Pergi ke luar mencari telefon lelaki itu. Dia menjumpai telefon Johan terdampar di dasar kolam renang.
“Kesian kau telefon. Kau tak salah pun. Nasiblah…” ucap Lyn lantas masuk semula ke dalam rumah. Kembali mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.
“Abang…” Lyn menyentuh kepala sang suami. Johan tersentak sedikit apabila bahunya pula digoyang oleh Lyn.
“Dah pukul 12.30 ni.”
Johan menggeliat sedikit. Matanya masih mengantuk. Penat masih tersisa. Tetapi sedar, dia hanya punya masa sehingga waktu makan tengah hari sahaja.
“Malaslah nak pergi kerja,” ucap Johan setelah duduk di tengah katil.
“Tadi janji setengah hari aja, kan? Nanti kak long bising,” balas Lyn.
“Abang mandi sekejap. Dah mandi?”
“Dah.”
“Baru nak ajak mandi sama,” balas Johan sebelum dia menyelak selimut.
Lyn sekadar tersenyum sambil memerhatikan lelaki itu berlalu ke kamar mandi. Katil itu dikemaskan semula. Kemudian mencari pakaian lain untuk mereka kembali ke pejabat. Dia hanya terlihat ada sehelai dress yang tidak pernah dilihatnya selama ini. Elok tergantung sendirian di situ. Lyn segera mencapainya. Terpandangkan tanda harga masih belum tanggal, dia mengagak itu baru dibeli. Oleh siapa, dia tidak tahu. Untuk siapa, lagilah dia tidak tahu.
Dress itu diletakkan semula ke dalam wardrobe sebelum dia mencari kemeja buat suaminya. Tetapi sedang dia elok membelek seluar slek untuk lelaki itu, ada tangan memaut tubuhnya dari belakang.
“Dah tengok apa yang abang beli untuk sayang?” tanya Johan lunak.
“Dress tu?” balas Lyn sambil menoleh sedikit kepada suaminya.
“Ya. Cantik?”
“Ingat untuk siapa tadi.”
“Untuk siapa lagi kalau bukan untuk isteri abang.”
“Manalah tahu untuk si fulanah tu. Lyn dah tengok tadi. Takut nak pakai. Perasan aja orang tu beli untuk kita,” ujar Lyn biasa.
“Tengok tu? Mahal abang beli tau. Bocor kocek abang ni. Tu baru sehelai yang sempat abang beli,” rungut Johan.
Lyn ketawa lembut sebelum dia meleraikan pelukan lelaki itu.
“Thank you so much,” balas Lyn lembut.
“Thank you aja?”
Spontan wanita itu mendekatkan wajah mereka. Bibir lelaki itu disentuhnya beberapa saat.
“Dah?”
Johan menyeringai tanda bahagia.
“Macam nak terlondeh tuala abang ni akibat kena cium.”
“Jangan nak mengada-ada. Dah lewat ni. Lyn dah lapar. Berkubang aja atas katil tak mampu mengenyangkan perut,” jawab Lyn sebelum dia kembali berpaling ke arah wardrobe, mahu mengambil seluar slek Johan.
“Seluar dalam abang tiadalah, yang.”
“Pakai ajalah yang tadi tu.”
“Tak naklah. Geli.”
“Tak payah pakai,” jawab Lyn selamba. Terus dia berlalu untuk mengambil pakaiannya pula.
Ketika dia menarik salah satu laci di dalam wardrobe, dia ternampak pakaian dalamnya yang lama masih ada. Seluar dalam ketika dia sarat hamil dulu. Saiznya faham-faham sajalah.
“Pakai yang ni kalau nak yang bersih.” ujar Lyn lantas menyerahkan sehelai seluar kecil wanita.
“Sayang ni… takkanlah abang nak pakai yang itu? Dah kembang getahnya!”
“Jahat, kan??? Mana ada kembang. Saja aja abang tu!” tukas Lyn lantas Johan disebatnya dengan seluar dalam itu.
Mengekek Johan ketawa. Sudahnya dia menyarung seluar tanpa sarung di dalam. Rela tak pakai daripada pakai yang sudah bersisa!
Menggeleng Lyn memandang tabiat suaminya.
“Suka hatilah! Kalau tersepit zip, awang dia…. bukannya awang aku!’ ucap hati Lyn sendiri.
Kembali semula ke tempat kerja, Johan memberhentikan kereta di hadapan lobi untuk menurunkan isterinya.
“Lyn orderkan untuk abang dulu ya?” ucap Lyn.
Johan sekadar mengangguk.
“Cepat sikit tahu,” pesan Lyn sebelum keluar dari kereta.
Johan terus memandu kereta isterinya ke tempat parkir.
Di kafe, Lyn terlihat kakak iparnya makan bersama Ariana dan setiausahanya. Adrean sempat melambai Lyn, mengajak duduk bersama. Namun Lyn menuding ke meja lain. Baru sahaja dia melabuhkan duduk, pelayan segera datang untuk mengambil pesanan.
“Kitchen busy tak?”
“Dah tak berapa busy,” jawab pelayan itu.
“Kalau macam tu I nak Spageti Aglio Olio.”
“Chicken or beef, madam?”
“Chicken. And Nasi Tomato. Two carrot juice.”
Pelayan itu mengangguk sambil mencatat apa yang dipesan wanita itu.
“Any dessert or appetizer?”
“Just mixed fruits. No dessert for me. That’s all for now,” jawab Lyn.
Pelayan itu berlalu membawa pesanan. Lyn sempat memandang sekeliling. Kawasan kafe penuh. Dan dalam pandangan sekali imbas itu dia ternampak Syiha berada di sudut kafe itu bersama kakitangan lain. Tidak ingin dia memandang buat kali kedua!
Pelayan datang semula membawa sepiring buah-buahan campuran. Lyn memandang ke luar cafe. Kelihatan Johan sedang berjalan ke arahnya.
“Haus. Mana air?” tanya Johan sebaik sahaja melabuhkan duduk.
“Baru order.”
Johan melambai pelayan semula. Meminta air mineral dibawa kepadanya segera.
“Parking kat mana?”
“Jauh. Berpeluh kelengkang berjalan,” jawab Johan perlahan.
Lyn sekadar mengangguk. Nasiblah…. mereka tidak disediakan parkir khas. Lainlah Adrean.
Setelah meneguk separuh air daripada botol mineral, lelaki itu tersandar kelegaan.
Sedikit demi sedikit kakitangan Neraca Holdings mengosongkan ruangan kafe itu. Namun gadis seorang itu masih pegun di sudut sana memerhatikan Johan. Sayangnya, Johan langsung tidak perasan si dia yang memandang dengan hati yang berbuku. Berbagai-bagai cara dicuba, sudahnya Johan kembali juga kepada isterinya. Manalah hatinya tidak berkulat jadinya!
Dalam ketenangan itu, Lyn bersandar di kerusi sambil membaca sesuatu di telefon bimbitnya. Mulutnya mengunyah buah. Johan pula duduk sambil memandang ke cermin di tepinya. Dalam keadaan dua kakinya terbuka, dia terasa betisnya digesel di bawah meja.
Johan segera mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Namun Lyn masih khusyuk membaca. Perbuatan itu dilakukan berkali-kali sehingga kaki seluar Johan tersingkap ke atas.
“Sayang,” tegur Johan sedikit terganggu.
“Hmm?” Lambat-lambat Lyn mengangkat pandangan ke arah suaminya.
“Buat apa ni? Janganlah…” keluh Johan sedikit tidak senang.
Lyn tetap menayang riak selamba sebelum kakinya dinaikkan lebih atas lagi.
“Yang, dahlah! Susah abang ni nanti,” Johan tertunduk sedikit.
“Terganggu ke?” ucap Lyn lantas tersenyum sinis. Dia tunduk memandang telefonnya semula.
Johan memandang sekeliling. Bimbang orang melihat apa yang dibuat isterinya. Namun segera dia tertangkap pandangan Syiha ke arah mereka. Pantas dia memandang ke arah lain. Patutlah isterinya daring semacam!
Ketika ruangan kafe itu hampir ketiadaan orang barulah Syiha berlalu. Hanya tinggal pegawai eksekutif yang masih bersembang di meja masing- masing. Lyn sempat mengerling ketika Syiha melintasi pintu. Kemudian dia memandang suaminya. Lelaki itu khusyuk menikmati makanannya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
“Apa dia nak lagi dengan abang?” tanya Lyn tiba-tiba.
“Entah.” Johan menjawab sepatah sambil menjongketkan bahu. Hakikatnya dia tahu apa yang membuatkan Syiha sukar hendak menjauhkan diri daripadanya. Gadis itu mahukan duit! Setiap kali mengadu apa-apa, semuanya kerana dia mahukan duit.
“Abang tak kesiankan dia? Tinggalkan macam tu aja. Dulu abang bagi dia harapan,” duga Lyn. Saja hendak tahu pendirian suaminya.
“Dia dah besar panjang. Pandailah dia jaga diri. Harapan ke apa… abang dah malas nak fikir. Nanti dia jumpa lelaki lebih kaya daripada abang, dia jemulah tu,” jawab Johan tanpa memandang isterinya itu. Rasanya dia sudah memberikan ‘cukup’ kepada Syiha untuk gadis itu meneruskan hidup. Dia tidak meninggalkan Syiha begitu sahaja. Dia sudah memberikan ganti rugi atas kerugian yang telah dibuatnya kerana tidak menunaikan janji kepada Syiha. Apa lagi Syiha mahu? Dia tahu, wang itu sudah habis. Maka Syiha kembali lagi mencarinya.
Lyn tidak berkutik sambil memerhatikan suaminya makan. Apa yang istimewa benar gadis itu sehingga lelaki ini boleh jadi buta kerananya? Dia sentiasa tertanya-tanya selama ini. Dia benar-benar mahu tahu jawapannya.
Lyn memandang ke arah luar kafe pula. Cuba menyelami dunia Syiha. Sebenarnya seronok menjadi gadis yang digilai lelaki. Tengok sahaja dia. Dia berusaha keras mahu mengalahkan gadis muda itu. Sudahnya dia dikejar Johan tidak habis-habis. Bohonglah dia tidak suka melihat lelaki itu kembali tergila-gilakan dia.
‘Lelaki…. suka perempuan yang mampu menghidupkan jiwa lelakinya,’ bisik hatinya sendiri. Sedarlah dia kini, ada waktunya dia terlupa menjadi seorang yang istimewa kepada suaminya. Dia mampu menjadi ibu, isteri, tetapi dia tidak menjadi wanita yang mampu menarik perhatian suaminya. Pantaslah ada wanita yang senang mencelah.
Usai makan, mereka kembali ke pejabat. Lyn singgah di tandas. Sekali lagi dia terserempak dengan Syiha dan beberapa orang gadis lain di dalam ruangan itu. Seperti biasa, gadis itu suka bersolek untuk sentiasa kelihatan cantik.
Syiha diam. Namun ketika Lyn tidak memandang ke arahnya, dia menjeling tanda benci. Melihat General Manager mereka berada di situ, gadis lain segera menyudahkan upacara penting itu. Takut kena marah!
Ketika Lyn tunduk membasuh tangan di singki, Syiha terpandangkan tanda merah kecil di sebelah kanan leher perempuan itu. Kedudukannya cukup cantik untuk dilihat orang. Mulalah sakit hatinya menderu-deru kepada lelaki seorang itu. Siapa punya kerja lagi kalau bukan Johan!
Sesudah itu, Lyn keluar dari tandas.
“Saja nak menunjuk! Benci aku! Benci! Benci! Tak guna punya boyfriend!” marah Syiha pada cermin di hadapannya. Dicampaknya botol maskara ke cermin. Mujurlah tidak pecah.
Pintu tandas ditarik kasar untuk melepaskan rasa berbuku dalam hati. Ikutkan hatinya, mahu saja dia mengganyang Johan. Tetapi tidak boleh. Dia harus berlemah lembut, bersopan santun dan memaparkan keayuan yang jitu demi mengikat semula hati Johan terhadapnya! Syiha yakin dengan kecantikan yang ada padanya, dia mampu menawan Johan dalam diam.
Ketika kembali ke tempat kerjanya, dia sempat memandang lelaki itu yang berada di dalam bilik. Johan sedang sibuk menaip. Syiha berpatah semula ke arah bilik Johan. Pintu terus dibukanya.
“Abang…”
Terkejut Johan apabila Syiha masuk ke biliknya dan menutup pintu.
“Nak apa ni? Keluar sana!”
“Tadi Syiha call abang, abang tak jawap pun.”
Johan terus bangun dari kerusi. Asalkan ada peluang, gadis ini mesti mahu mendekatinya semula. Dia sudah muak.
“Aku sibuk sekarang. Keluar!” ucap Johan lantas membuka semula pintu biliknya.
“Abang, janganlah buat Syiha macam ni. Syiha rindukan abang. Syiha nak abang yang dulu.” Tanpa segan silu dia memeluk lelaki itu yang sedang memegang pintu.
Johan lekas-lekas meleraikan pelukan Syiha. Namun gadis itu tetap mengeratkan pelukannya.
“Apa kau nak lagi ni??? Dah hilang siuman ke???” tekan Johan tajam. Syiha ditolak jauh daripadanya.
“Sampainya hati. Abang tinggalkan Syiha macam tu aja.”
“Aku dah beri duit sebelum ni. Apa lagi kau nak???” tekan Johan keras.
“Abang ingat duit 20 ribu tu cukup untuk ubati hati Syiha yang terluka kerana abang?”
“Habis kau nak berapa? 2 juta???” balas Johan lantas ketawa sinis.
“Kalau betul kau sayangkan aku, kau tak ambil duit tu, kan,” ejek Johan dengan senyuman mengejek. “Kalau ikut kepala otak aku ni, aku tak nak beri satu sen pun. Sebab aku dah banyak berhabis kerana kau. Tapi bapak aku suruh beri kau duit supaya kau tak ganggu aku lagi. Tapi kau nampaknya tak reti bahasa ni, Syiha.”
“Syiha jadi macam ni sebab Syiha cintakan abang sangat-sangat.”
“Dahlah…. pergilah sana! Aku ada banyak kerja ni.”
“Syiha takkan mengalah sampai abang kembali semula pada Syiha.”
“Suka hati engkaulah nak buat apa pun! Aku dah malas nak fikir,” jawab Johan lantas menolak Syiha keluar.
Mulalah Syiha membuat drama air mata untuk menagih simpati Johan.
“Abang kejam! Sebab perempuan tu, abang sanggup tinggalkan Syiha!”
Tiba-tiba Johan membuka pintu semula.
“Hei! Kau ganggu Lyn, kau jaga! Aku dah muak bergaduh dengan dia disebabkan kau.”
“Dia yang ganggu Syiha! Abang tak adil! Dari dulu dia asyik kenakan Syiha. Abang diam aja.”
“Bila? Aku tak nampak pun dia kenakan kau?” jawab Johan selamba.
“Dia ugut-ugut Syiha. Nak tampar Syiha. Semua tu dia buat pada Syiha. Syiha mengadu pada abang, abang diam aja!”
“Ada cacat kat mana-mana? Putus ke? Kena ganti organ ke? Ada?” tanya Johan lagi.
Terkedu Syiha. Melambung-lambung sakit hatinya.
“Takde, kan? Kalau takde…. pergi sana! Jangan nak mengadu pada aku lagi.”
“Syiha boleh jadi lebih cantik lagi berbanding dia. Syiha tahu, abang tergila-gilakan dia semula sebab dia cantik, kan? Sebelum ni dia tak macam tu.”
Johan terdiam memandang Syiha.
“Syiha sanggup buat apa saja untuk abang asalkan abang pilih Syiha,” luah Syiha lantas mendekati Johan semula.
“Tapi?” tanya Johan. Dia tahu bicara Syiha itu belum habis.
“Nak cantik kena ada duit, abang!”
Johan terus ketawa.
“Haaa… aku dah agak dah. Muka aku ni memang nampak macam muka harimau yang kat bank tu pada mata kau.”
Syiha terkulat-kulat memandang Johan ketawa.
“Beginilah, Syiha. Aku tak pernah beri dia duit untuk dia beli baju cantik, beli alat make up dia. Tak pernah! Semua tu tak pernah masuk dalam otak aku. Dia beli semua tu pakai duit dia sendiri. Jujur aku beritahu ni. Jadi, kau rasa aku kena bagi kau duit untuk kau nampak cantik? Tunggu kejap!”
Johan tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Terlihat ada akhbar beberapa hari lalu, dia mencapainya. Bahagian kepala akhbar itu dikoyakkan dengan berhati-hati. Kemudian dia mencapai pena dakwat basah di atas mejanya lalu ditulis sesuatu di akhbar itu. Seterusnya Johan kembali ke ambang pintu dan cebisan itu diberikan kepada Syiha.
“Nah!”
Syiha terpaku memandang kertas itu. Ada tertulis…. ‘1 bilion ringgit’.
“Abang jahat!” Sambil menghentak kaki dia berlalu dari situ.
Johan memandang sambil menggeleng.
“Aku bagi 1 bilion dia tak nak pulak,” rungut Johan seorang diri.
Johan menjengah ke dalam bilik Zahidah. Wanita itu tiada pula di tempatnya. Sudahnya dia berlalu ke arah pantri. Namun dari jauh dia terdengar suara perempuan ketawa dan bercakap. Sengaja dia memperlahankan langkah untuk mendekati suara itu. Terpandang beberapa orang perempuan sedang berdiri membelakangi pintu sambil bercakap penuh perasan.
Johan berdiri di sebalik dinding, menelinga apa sembangnya perempuan-perempuan itu ketika waktu kerja begini. Rupanya mereka semua telah bersembang apa yang mereka nampak tadi semasa waktu makan tengah hari tadi.
Terjeling-jeling memandang macam tidak puas hati. Kelibat Johan mendekati meja yang didiami isterinya mendapat perhatian sesetengah orang.
“Sebelum itu dia pergi mana ek? Mesti jumpa perempuan lain,”bisik salah seorangnya. Perasan yang lelaki itu lambat sampai di meja itu. Sedangkan isterinya sudah habis makan.
“Apa lagi? Sempat lagi seround dengan skandal dia,” tokok yang lain.
“Eee…. kalau aku memang tidaklah.”
“Buat apa kau orang perhatikan dia tu? Biarlah. Kau nampak ke dia jumpa perempuan lain?” sampuk yang lain lantas menggeleng.
“Takkanlah dia orang baik macam tu aja? Pelik, kan? Apa yang hebat sangat lelaki itu sampai Puan Azlyn tergila-gilakan dia.” Masih ada yang tidak puas mengata hal orang.
Sehabis makan tengah hari, masih ada kakitangan berkumpul di pantry. Di samping mengambil, berjemaah mereka mengadu domba perihal orang lain.
“Aku nampak Encik Johan dengan Puan Azlyn kat kafe tadi.”
“Aku pun nampak!”
“Makan berdua dah sekarang. Dah berbaiklah tu. Aku dengar sebelum ni dia orang dah nak cerai. Tiba-tiba bersama semula pula. Eeee… aku tengok muka Encik Johan tu aja, menyirap aja. Tiada perasaan ke Puan Azlyn tu? Laki dia curang kut!”
Maka makin hangatlah perbualan tanpa sedar masa berlalu.
“Kalau aku, memang taklah aku nak terima balik jantan macam tu. Bodoh jugak GM kita tu ya? Dah laki buat macam tu, minta cerai ajalah!”
“Memang! Mati hidup semula aku tak akan maafkan suami curang ni. Dah sedap-sedap kepit yang lain, boleh balik pada bini. Perempuan ni memang bodoh. Bagi muka sangat pada lelaki macam tu. Kalau aku, tak kuasa nak layan! Biarlah dia merayu-rayu pun.”
“Aku memang tak suka Encik Johan tu.”
“Kau ingat aku suka kau ke?” sampuk Johan lantas berdiri di pintu. Terkejut beruk tiga manusia itu mendengar bicara lelaki itu.
“Sibukkan rumah tangga orang, ada sesiapa minta pendapat kau orang ke?”
Mulalah tiga manusia itu buat-buat hendak keluar. Namun Johan menahan tangannya di pintu. Jam! Tiga perempuan itu tidak tahu mana hendak pergi.
“Aku tak tahu pulak syaitan ni pandai jadi manusia. Yang suka sangat nak tengok orang bercerai-berai ni sebetulnya syaitan. Kau spesies syaitan ke apa? Kau tak suka lelaki curang ke apa, itu kau punya pasal. Yang penting kau tu bukan bini aku! Aku ada ganggu hidup kau ke?” ujar Johan sengit.
“Takde,” mereka menjawab lugu.
“Habis tu? Jaga rumah tangga sendiri. Tak payah sibukkan hal orang! Suka hati akulah nak berbaik dengan isteri aku! Itu isteri aku! Takkan aku nak kena minta izin kau orang???” ujar Johan sedikit lantang.
Seram sejuk tiga manusia itu melihat tuan punya badan naik angin.
“Berambus balik tempat masing-masing! Sibuk nak membawang kat sini,” marah Johan lagi.
Terkedek-kedek tiga perempuan itu berlalu dari situ sambil mengomel.
“Tak boleh terima teguranlah tu…”
Johan bercekak pinggang memandang tiga perempuan itu.
‘Malang betul lelaki yang dapat perempuan mulut batu api ni,’ desis Johan sekadar dalam hati. Dia kembali ke biliknya setelah membancuh air. Kerjanya yang bertimbun perlu disiapkan.
“Bos cari saya ke?” tegur Zahidah dari ambang pintu.
“Tiadalah.”
“Saya pergi melabur kejap tadi.”
Johan ketawa kecil sebelum kembali membuat kerjanya. Namun dia terpandangkan kalendar. Ada tanda bulat pada tarikh itu. Semakin dekat sedangkan apa yang sudah dijanjikan belum diusahakan. Lekas-lekas dia menekan interkom.
“Ida, tolong saya carikan tiket ke Milan 24 hari bulan ni. 24 atau 25 hari bulan. Business class,” ujar Johan melalui interkom.
“Untuk siapa?” soal Zahidah.
“Untuk I dengan Puan Azlyn.”
“Okey,” sambut Zahidah.
“Terima kasih.” Johan kembali memandang kalendar itu. Dia bercadang untuk mengambil cuti tahunan selama 3 minggu.
Tidak lama kemudian, Zahidah masuk ke bilik itu.
“Nak pergi honeymoon ke?” tanya Zahidah sambil menaip nombor kad kredit yang diberikan oleh Johan kepadanya di tablet.
“Our wedding anniversary is coming soon.”
“Oh, patutlah. Tahniah bos. Yang ke sepuluh, kan? Jagalah cik puan tu baik-baik. Moga kekal sampai akhir hayat.”
Johan tersenyum senang.
“Aminnn.”
“Nak borang cuti ke?”
“Mestilah.”
“Itinerary saya dah forward ke e-mel bos,” ujar Zahidah sesudah selesai urusan itu.
“Saya nak tanya, apa yang patut saya beri pada isteri saya? Something yang special. Kalau saya tanya dia… nanti dia kata tak payah.”
Zahidah ketawa kecil.
“Selalunya isteri ni memang macam tu. Tak mahu susahkan suami. Takut dikatakan ketuk poket suami. Sesetengah perempuan ni tak perlu barang mahal-mahal. Tapi tak semestinya beri sesuatu bila ada tarikh penting aja. Saja-saja beri lagi bagus, bos.”
“Apa yang saya kena beli?”
“Benda biasa-biasa orang beri waktu bercinta. Bunga, coklat… ataupun bawalah dia keluar tanpa anak-anak. Tengok movie ke? Shopping ke? Atau beri dia cuti sehari daripada segala tugas jaga anak. Biar dia pergi shopping. Biar dia beli apa yang dia suka. Bos jaga anak kat rumah. Orang perempuan ni selalu stres bila dia penat. Jadi, biarlah dia enjoy sehari tu. Lagipun saya percaya, dari segi kewangan bos mampu beri dia apa saja. Belum terlambat lagi kalau nak usahakan semua tu. Lebih baik daripada tak buat langsung,” ujar Zahidah.
“Menarik juga tu. Mungkin I boleh praktikkan lepas ni. Thank you so much,” balas Johan puas hati.
“Most welcome. Saya keluar dulu ya?”
Johan mengangguk. Janjinya kepada isterinya akan ditunaikan, Insya-Allah. Tanda wanita itu masih tetap istimewa dalam hidupnya. Tanda sayangnya masih menggunung. Dan dia tidak pernah lupa, masih ada luka dalam hati isterinya yang perlu dirawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan