Sabtu, 1 Oktober 2016

Curangla Lagi Part 10

Johan menghempas tubuhnya di sofa di dalam bilik itu. Peristiwa yang berlaku di dalam bilik mesyuarat sekejap tadi masih segar dalam ingatannya. Pandangan mata isterinya yang begitu tenang ke arahnya benar-benar menghukum dirinya. 

Johan meraup wajah. Cuba menenangkan diri yang ketakutan. Akhirnya dia mengerti, beginilah perasaan yang dialami oleh suami-suami yang tertangkap membuat hubungan cinta di luar pengetahuan isteri. Kini apa yang paling ditakuti sudah terbentang luas di hadapan mata. Sekarang dia tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan dengan Lyn. Dia sungguh-sungguh tidak tahu. 

“Tidak! Aku tak boleh biarkan dia kontrol aku macam dulu. Aku suami dia. Aku tak boleh kalah lagi!’ Kata-kata itu bergaung hebat dalam hatinya. Egonya menghalang dia daripada terus kalah kepada isterinya itu. Dia tahu, pasti ada yang sudah terangka dalam benak Lyn. Kalau sampai mengambil alih jawatan GM itu tanpa pengetahuannya, Jihan yakin Lyn melakukannya kerana mahu mengenakan dia di syarikat ini. 

‘Ah! Aku suami dia. Kalau aku nak kahwin lain pun, itu hak aku! Aku mampu beristeri lebih daripada satu!’ Kata-kata itu terus meniupkan keegoan Johan agar terus tegak berdiri meniti di atas kecurangannya selama ini.

‘Kali ni aku takkan benarkan dia menang lagi! Aku akan ikut rentak permainan dia. Aku takkan kalah lagi. Dia kena dengar cakap aku, bukannya aku yang harus tunduk kepada dia. Kenapa aku harus takut pada dia?’ Keegoan Johan terus bertiup kencang. Dia enggan membiarkan pengalaman lalu berulang lagi. Dia masih ingat akan semua itu. Betapa waktu itu dia separuh gila dikerjakan oleh isterinya sehingga mereka terpisah 11 bulan lamanya.

“Arghh!! Aku lelaki! Aku akan tunjukkan pada dia. Aku takkan kalah lagi!” Akhirnya Johan bertekad sendiri. 

Johan bingkas bangun daripada kerusinya apabila interkom di mejanya menuntut agar dia segera memberi perhatian kepada pesanan yang mahu disampaikan.

“Ya, Ida…” Johan menjawab.

“Dato’ nak jumpa you sekarang,” ucap Zahida melalui alat komunikasi itu.

“Okey,” balas Johan akur dengan arahan itu.

Johan melepaskan keluhan perlahan. Dia tahu pasti ada yang bakal didapati daripada kakaknya itu pula. Dia yakin benar segala yang dirancang oleh Lyn ada sangkut pautnya dengan kakak dan adiknya itu.

‘Tahulah satu kaum. Kak long ni pun satu! Dalam pejabat pun nak berpolitik. Tak cukup nak membantu ibu-ibu tunggal kat luar tu agaknya. Bini aku pun nak dibawanya sekali!’ cemuh hatinya marah.

Johan masuk juga ke bilik Adrean setelah puas dia mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan kakaknya itu. Dengan muka toya dia duduk di hadapan Adrean.

“How are you?” tanya Adrean selamba.

“Good for now. Sekejap lagi tak tahulah. Entah-entah mati kena parang,” balas Johan memerli.

Adrean tersenyum sedikit. Dikawal riak wajahnya agar tidak terkesan oleh Johan kemenangan yang baru sahaja diraikan setelah berjaya membawa masuk Lyn semula ke dalam Neraca Holdings.

“Kalau dah tahu parang tu tajam, jangan main dengan parang. Kalau dah kena parang, kan susah?” Adrean turut membalas dengan sindiran.

Johan mendengus tidak senang dengan perlian kakaknya itu. Namun dia hanya buat pekak sahaja. Sakit hatinya dengan sandiwara kakaknya itu. Bukannya mahu menolong, makin menambah susahnya lagi adalah!

“Kak long percaya keadaan lepas ni takkan mudah untuk Johan. Tapi Johan kena ingat, ini tempat orang cari makan dan bukannya tempat krisis rumah tangga dan suami curang. Apa-apa masalah, selesaikan dalam keadaan senyap. Rasanya masih ada waktu untuk kau berfikir semula segala kelakuan sumbang kau selama ni. Fikirkan anak-anak. Kasihan anak-anak kalau mummy dan daddy mereka bermasalah.” Lembut sahaja suara Adrean saat itu, cuba untuk menasihati adiknya.

“Mana ada Johan curang, kak long….” Johan lantas menafikan perbuatannya.

Adrean tersenyum sinis memandang adiknya itu. Kepala digelengkan kesal.

“Sudahlah. Tak payah nak berdrama lagi. Kak long tahu Johan bawa Syiha ke Hanoi baru-baru ni. Kak long ada bukti. Munirah pun kata dia ternampak kau dengan Syiha di luar waktu tu. Ary pun kata dia ada dengar Syiha cerita pada budak-budak department dia yang kau dengan dia tengah sakan bercinta. Apa benda semua tu?” ujar Adrean.

Bicara Johan terkulum. Apa yang mahu diperkatakan kepada kakaknya tidak mampu diluahkan. Terkedu dia seketika kerana dia tidak sangka kakaknya sudah tahu tentang itu. Kalau kak longnya tahu, bermakna…. Lyn juga tahu! Mengenangkan itu, punggung Johan terasa membahang.

 ‘Matilah aku!’ desis hatinya sudah kalut. Sahlah apa yang dirasakannya tadi. Patutlah Lyn merenungnya macam singa lapar.

“Johan tak kesian ke dengan Lyn? Selama ni dia setia dengan kau, tapi kau buat macam ni pada dia. Dia isteri kau, Johan!” sambung Adrean apabila dia melihat Johan terkedu di kerusinya.

“Kenapa kita nak kena discuss tentang ni di tempat kerja? Kak long sendiri cakap ini bukan tempat bercakap tentang urusan peribadi,” tegas Johan benar-benar tidak senang untuk berbincang hal itu buat masa ini. 

Berdesing telinga Adrean mendengar kata-kata Johan itu. Kalau ikutkan hatinya yang marah, Johan sudah diterajangnya. Kalau diturutkan hatinya yang membengkak, Johan sudah dihambusnya dari pejabatnya ini. 

“Jadi, tolong ingatkan diri kau dan Syiha yang ini juga bukan tempat untuk korang berdua bermadu kasih. Lebih baik kau fikir baik-baik sebelum daddy dapat tahu tentang ni!” Sebagaimana Johan bertegas, begitu juga Adrean.

Johan menggeleng sedikit.

“Hal ni hal kecik aja. Tapi macam nak kiamat dunia ni.”

“Bravo! Sedapnya telinga kak long ni dengar. Nak beristeri lagi satu tu hal kecil bagi kau? Orang lain yang berpoligami ada matlamat mereka sendiri. Ada sebab mereka terpaksa berpoligami. Kau pulak, sebab dah matlamat kau apa? Sebab kau dengan Syiha tu dah sama-sama gatal? Sama-sama tak sedar diri?” tempelak Adrean.

“Bukan macam tu, kak long. Bagilah Johan ruang. Johan akan selesaikan masalah ni.”

“Kau ni masih tak sedar-sedar lagi. Kau tak sedar diri anak-anak kau masih kecil, memerlukan perhatian kau. Sebaliknya kau sibuk nak memberi perhatian pada perempuan yang tiada hati perut, menyakitkan hati isteri kau sendiri? Syiha pulak, tak tahu ukur baju di badan sendiri, sampai sanggup merampas kebahagiaan orang lain. Asalkan dapat hidup senang! Kau tanya Syiha, apa perasaan dia kalau suami dia pula yang dirampas orang?”

Johan diam pula. Tidak tahu apa yang hendak dijawabnya.

“Kau ingat balik kisah lalu kau dengan Lyn, Johan! Apa yang dah kau hadiahkan pada dia sebelum kau dengan dia berbaik dulu? Apa yang dah kau habiskan untuk dia selama kau nak memikat dia dulu? Ada dia meminta-minta pada kau sampai hutang kau jadi menggunung? Ada?” Dengan mata terbuntang Adrean menghentam adiknya itu. Sungguh dia tidak tahu bagaimana Lyn mampu bersabar selama ini.

Johan terdiam terus-terusan. Liurnya terasa kelat dan terlekat di kerongkong.

“Fikir baik-baik, Johan. Bernikah satu lagi tu sunnah. Tapi menjaga kemuliaan perkahwinan yang telah ada itu wajib! Kau memang takkan boleh menyekat orang lain daripada membandingkan kedua-dua perempuan yang ada dalam hidup kau. Tapi kak long benar-benar kesal, mata kau jadi buta sebelum waktunya. Kau masih muda, Lyn juga masih muda. Tapi kau agungkan kekurangan dia semata-mata kerana keinginan kau yang masih belum puas. Kau dah lupa betapa susahnya kau nak dapatkan dia dulu?” 

“Kak long takkan faham apa masalah Johan dengan Lyn. Johan ni sunyi, kak long. Selama ni, dia asyik dengan kerja dia aja. Sekejap dia ke Dubai. Lepas tu ke Abu Dhabi. Lepas tu entah ke mana-mana pula syarikat hantar dia. Johan perlukan perhatian dia sebagai isteri. Tapi selalunya dia balik rumah pun dah tengah malam. Belum sempat nak buat apa-apa, dah nak pergi kerja semula. Orang lain bila cuti kat rumah. Tapi dia, kadang-kadang flight delay pun dia kena pergi kerja semula. Johan ni bukannya tunggul!”

Adrean terus tergelak mendengar omongan Johan. Entah apa yang menggelikan hatinya. Tetapi dia memandang Johan bagaikan orang yang tidak serupa bikin. Bercakap tidak menggunakan otak. Ataupun sebenarnya Johan meletakkan kesalahan kecurangannya itu di bahu Lyn agar kecelaan dirinya tidak kelihatan. 

“Itu aja sebabnya yang membuatkan kau mencari yang lain? Jadi, dalam sebulan, berapa harilah kau dapat jumpa dia selama ni? Sehari? Dua hari saja? Selebihnya dia di tempat kerja?”

“Tiadalah macam tu…”

“Johan, kalau dia tak beri perhatian pada kau selama ni…. yang berderet 3 orang anak kat dalam rumah kau tu siapa? Dia lahirkan anak-anak kau sebagai penyeri hidup korang berdua. Atau dalam erti kata lainnya supaya hidup kau terisi dengan keperluan dan tanggungjawab pada anak-anak. Johan, isteri ni bukannya robot yang boleh selalu bersiap sedia menurut perintah suami tak kira masa. Ada waktunya dia penat. Ada waktunya dia sendiri pun perlukan perhatian daripada kau. Perhatian apa yang kau nak lagi, kalau dah kau sendiri pun bila dia ada kat rumah, kau sibuk melayan perempuan lain? Perhatian apa lagi yang kau nak, kalau setiap kali dia ke luar negara, dia berhempas-pulas nak balik cepat sebab nak bersama kau? Baru-baru ni dia nak berhenti kerja, kau kata kau tak kisah dia kerja dengan Emirates semula. Kenapa waktu tu kau tak suruh dia berhenti sahaja? Itu waktu terbaik sebab dia dah habis kontrak, kan?”

Johan terdiam semula. 

“Janganlah kau nak buat alasan bodoh kau tu, Johan. Kerana kak long tahu, Lyn kalau dia ke luar negara pun, bukannya sampai bertahun-tahun tak balik. Paling lama pun seminggu. Selebihnya dia balik hari aja. Pergi hari ini, balik esoknya. Takkan ditinggalkan sekejap macam tu pun kau dah rasa terabai kut? Kau ni bukannya budak 5 tahun yang nak ditimang-timang selalu! Dalam rumah tangga kena ada tolak ansur, faham-memahami, Johan. Kak long tahu, sebab laki kak long bekas juruterbang. Dia selalu tak ada. Tapi kak long takkan minta sesuatu yang dia tak mampu beri.”

Terkulat-kulat Johan di situ. Terasa alasannya sebentar tadi ditolak mentah-mentah oleh kakaknya. Ya! Selalunya isterinya itu jika terpaksa bermesyuarat di Dubai, dia hanya pergi sehari dua sahaja. Hanya pergi berkursus sahaja yang mengambil masa yang lama.

“Beginilah Johan…. kak long rasa kalau kau masih sayangkan rumah tangga kau, kau kena ubah semua ni supaya kembali semula pada yang asal. Apa selama ni kau tak bahagia ke dengan Lyn sampai kau perlu letakkan Syiha di antara korang berdua? Nak kata isteri kau mandul, anak kau dah 3. Nak kata dia tak pandai layan kau… entahlah! Kak long nampak Lyn betul-betul sayangkan kau. Selama ni kak long nampak dia cukup penyayang. Kalau nak ditengokkan bini kau tu pun, saiznya lebih kurang sama aja macam dulu. Tak macam ibu beranak 3 pun isteri kau tu. Masih bergetah lagi. Bukannya macam sesetengah perempuan tu. Bila anak dah masuk 3, saiz seluar pun bertambah lagi 3. Jadi, apa fungsinya Syiha tu lagi pada korang berdua kalau selama ni apa yang kau dah ada dengan Lyn dah lebih daripada cukup? Apa lagi yang kau nak sebenarnya? Dia yang tak bagus atau kau memang sengaja nak tempah susah?” Makin panjang leteran Adrean.1

Johan terdiam. Satu per satu keistimewaan Lyn dibuka luas di hadapan matanya saat ini. Ya! Dia akur dengan semua itu. Dia tahu isterinya memang masih cantik. Tetapi Lyn mana mungkin akan faham jiwa lelakinya. Dia memerlukan perhatian melebihi yang lain. 

“Kak long rasa kau jugak patut beritahu Syiha siapa Lyn sebenarnya. Itu pun kalau dia sayangkan kerja dia kat sinilah,” sambung Adrean dengan peringatan itu.

Johan hanya diam. Namun di dalam, jiwa lelakinya memberontak hebat. Dia tidak rela Lyn atau sesiapa menggunakan jawatan yang tinggi untuk mengenakan kekasih hatinya itu. Mati hidup semula dia tidak akan membenarkan! Kalau Lyn nekad mengganggu Syiha, maka dia juga nekad akan mempertahankan wanita muda itu biar apa kata orang lain di sekeliling mereka. Itu kata hati Johan!

Sepulang Johan dari bilik kakaknya, dia dihampiri oleh Syiha ketika dia sampai di hadapan biliknya. Eloklah pun. Senangla dia berterus terang saja.

“Abang ada perkara nak cakap dengan Syiha. Masuk bilik abang sekejap,” pinta Johan perlahan sahaja. Tiada mood dia mahu melayan senyuman manja wanita itu saat jiwanya sedang merusuh begini.

Syiha akur. Johan duduk di kerusinya dan Syiha diminta duduk di hadapannya.

Buat seketika Johan meraup wajah.

“Kenapa? Muka abang nampak semacam aja?” soal Syiha lembut.

“Abang nak Syiha tahu tentang sesuatu.”

“Apa dia?” sambut Syiha pantas.

“GM baru tu, Syiha kenal dia?” soal Johan lembut.

Syiha lantas menggeleng.

“Syiha tak kenal dia. Cantik dia, kan? Abang kenal dia ke sebelum ni?” balas Syiha tanpa sebarang syak wasangka.

Johan mengeluh perlahan mendengar komen Syiha mengenai isterinya. Kalau Syiha sendiri merasakan isterinya cantik, mengapa dia perlu mempersiakan isterinya itu?

“Syiha, yang Syiha kata cantik tu sebenarnya isteri abang,” ucap Johan enggan bertangguh lagi. 

Serta merta berubah wajah Syiha mendengar penjelasan pendek Johan itu. Isteri? Syiha menelan liurnya seketika. Perasaannya mula berubah rentak. Buat apa isteri Johan di sini? Mengapa dia tidak tahu yang isteri Johan akan mengambil alih jawatan GM itu daripada Encik Mansur? Eh! Mengapa pula jawatan isteri Johan lebih tinggi daripada jawatan yang dipegang oleh Johan sendiri?

“Syiha dengar tak apa yang abang kata tadi?”

“Syiha dengar. Apa yang Syiha kata pasal dia tadi Syiha tarik balik!” desisnya tajam.

Kali ini wajah Johan pula yang berubah. Reaksi Syiha pada awalnya kini sudah tidak senada dengan reaksinya kini.

“Abang tahu Syiha mesti tak senang sebab dia ada kat sini. Tapi abang nak ingatkan Syiha, jangan sesekali Syiha cari pasal dengan dia.”

“Kenapa abang cakap macam tu?”

“Ikut aja apa yang abang cakap. Abang nak Syiha buat kerja Syiha baik-baik kalau Syiha tak mahu ada masalah dengan dia. Kita tak boleh selalu dilihat berdua.”

“Dia isteri abang, tapi kenapa jawatan dia lebih tinggi daripada abang? Bukan ke sepatutnya abang yang duduk kerusi GM, sebab abang anak lelaki tunggal Tan Sri.”

“Ada sebabnya. Lebih baik Syiha tak tahu.”

“Syiha tetap nak tahu!”

“Dia ahli lembaga pengarah syarikat non-executive sebelum ni. Tugas dia hanya hadir AGM saja. Antara abang dengan dia, dia pegang kuasa lebih besar. Dia memegang saham lebih besar. Daddy abang beri kepercayaan kepada dia, sebab dia memang bijak dalam business. Atas sebab-sebab tertentu, daddy abang memindahkan sebahagian saham syarikat miliknya ke atas nama Lyn. Itu menjadikan dia kaya selepas kahwin dengan abang.”

Syiha terpaku memandang Johan. Perasaannya semakin tidak enak. Apakah segala kemewahan milik Johan sebenarnya dikawal oleh isterinya itu? Dia masih tidak faham. Apakah jika dia berkahwin dengan Johan nanti dia juga akan dihadiahkan dengan saham syarikat?

Wah! Itu sesuatu yang tidak dijangkanya! Jika dapat mengahwini Johan, dia sekali gus dapat melengkapkan visi hidupnya iaitu memiliki kemudahan dalam hidup tanpa perlu bertatih-tatih membina hidup di KL ini seperti orang lain dan mendapat suami yang tampan, sasa dan romantis.

“Syiha, abang nak Syiha berhati-hati dengan segala tindakan Syiha dalam syarikat ni. Lyn… dia nampak lembut. Tapi bila dia dah sakit hati, dia boleh berubah menjadi orang tak berperasaan. Dia bijak dan lantang bila meluahkan apa-apa yang dia tak suka. Lagipun dia dah tahu pasal kita,” pesan Johan lagi.

“Tapi abang kan ada? Abang takkan benarkan dia apa-apakan Syiha, kan?” balas Syiha sambil memandang tepat buah hatinya itu.

“Bukan selamanya abang ada di dalam pejabat ini, Syiha. Abang tak boleh nak kawal keadaan ni sepanjang masa. Di pejabat ni hubungan abang dengan dia adalah sebagai Vice GM dengan GM. Lagipun dalam soal kerja Syiha, abang tak boleh nak masuk campur. Abang tak ada kuasa,” jelas Johan.

Syiha terdiam memandang Johan. Mendengar penjelasan Johan itu dia semakin yakin dengan hidup Johan dikawal sepenuhnya oleh wanita itu. Patutlah Johan berubah hati lalu mencarinya. Tidak mengapa, Syiha yakin Johan akan terus mempertahankan dirinya dan dia juga tidak akan berhenti berusaha agar cinta Johan kepadanya terus kukuh berdiri.

Dia tidak akan mengalah!

Syiha terkejut melihat kelibat wanita itu menghampiri mejanya. Dadanya terus berdegup kencang. Tidak terkawal rasa gentarnya melihat renungan tepat wanita itu ke arahnya. 

“Tolong tinggalkan kami kat sini,” ucap Lyn kepada Syafikah yang duduk bersebelahan dengan Syiha. 

“Yes, ma’am…” balas Syafikah patuh. Selebihnya dia memang tidak mahu masuk campur dalam urusan dua wanita itu.

“Nama I, Lyn. You Syiha, kan?”

Syiha terus mengangguk sambil meneguk liur. Seram betul dia melihat gelagat serius wanita anggun itu. 

“You kekasih Johan?” soal Lyn sedikit sinis. 

Syiha tidak mampu menjawab. Bimbang dapat hadiah penampar nanti. 

Lyn ketawa sinis.

“Takkanlah nak mengaku pulak, kan?” perli Lyn selamba. 

“Nama I Azlyn Isabell. GM baru kat sini. Tapi bukan itu yang penting untuk you tahu. I adalah isteri kepada Ahmad Rafael Johan,” jelas Lyn dalam nada serius.

“Kak, saya dengan abang Johan memang dah lama kawan.”

“Puan Azlyn! I bukan madu you kat sini!” tegas Lyn. “Ewah! Besar kuasa kau nak panggil aku kakak. Kau ingat kau tu bini laki aku ke?’ cemuh hatinya benci. 

Syiha terkedu menelan air liur melihat ketegasan Lyn. 

“Antara I dengan you, siapa yang lebih lama kenal Johan agaknya?”

“Puan…”

“Good! I nak ingatkan you, Syiha…. yang semua orang tahu sekarang, Ahmad Rafael Johan tu suami I. Tolong jaga sikit tingkah laku you dalam pejabat ni. Jangan terlalu bebas sangat memikat suami orang. Faham, kan?” ucap Lyn serius dan cukup tajam.

Syiha hanya terdaya mengangguk. Tiada kata-kata yang mampu diberikan kerana dia seperti sudah mahu terkencing melihat kegarangan Lyn. 

“So, I nak you ingat juga yang I akan selalu ada di sini. You’re understand my watch now. You pun tahu betapa dekatnya kita sekarang, kan?” ucap Lyn lagi sambil menuding ke arah Syiha dan dirinya. 

“Tahu….”

“Good! Perkara pertama yang I nak you buat ialah….. I nak you bagi balik kad kredit yang suami I bagi pada you. Now!” tegas Lyn lantas menghulur tangannya. Macam ada kuasa besar sahaja dia saat ini. Peduli apa dia!

Syiha terkedu lagi. Itu memang sukar hendak dibuat kerana kad itu amatlah berharga.

“Tapi kad tu Abang Johan yang bagi pada saya, puan.”

Lyn tersenyum seketika.

“You nampak macam I peduli ke?” balas Lyn lantas ketawa pula.

“Abang Johan cuma nak tolong Syiha selama ni. Syiha tiada niat nak buat dia sampai macam tu,” balas Syiha agak rendah.

“You still don’t get it, do you? You sebutlah apa-apa alasan sekalipun, I tak peduli. Cik Syiha, you tak perlu nak beri alasan untuk selamatkan diri you ataupun Johan. Lepas ni giliran dia. Nasib dia pun belum tahu lagi.”

Syiha terkejut mendengar kata-kata berbaur ugutan isteri kepada kekasihnya itu. 

“You know what?” Lyn menghela nafas perlahan sebelum dia duduk di sisi meja Syiha. Gadis itu dipandang dengan senyuman aneh.

“Ada seorang lelaki tu yang masih tak sedar hidup dia dah  hampir musnah akibat perbuatan sendiri. Hutang dah mencecah 1 juta. I can’t control him. Begitulah juga dia tidak mampu kawal apa yang I akan buat pada dia dan you. I seorang perempuan yang tak akan mengalah sebelum I puas hati. I buat apa sahaja. Nampak kejam, kan? I don’t care walaupun satu dunia ni akan menyalahkan I dan labelkan I sebagai isteri derhaka,” ujar Lyn.

Syiha terpaku memandang wanita itu. Seterusnya Lyn mengangkat punggung semula. 

“Boleh I dapatkan kad kredit tu sekarang? All of it!” ucap Lyn dengan muka selamba. 

Mahu tidak mahu, Syiha terpaksa juga memberikan kad itu kepada Lyn. Sebaik sahaja berada di tangannya, dengan muka tidak beremosi Lyn terus melipat dua beberapa keping kad itu di hadapan mata Syiha. 

“I takkan biarkan orang lain ganggu hak I semudah itu. Kalau you belum kenal I siapa, kita boleh terus berkenalan selepas ni. It’s your call, young lady!” ucap Lyn penuh peringatan. 

Tanpa kata lagi Lyn terus berlalu. Meluat tahap dewa dia mahu memandang muka tak bersalah Syiha. Puas hatinya. Selebihnya, dia akan memilih siapa yang akan menjadi penenang dalam permainan ini. 

‘Aku bukan isteri yang bodoh kerana cinta, Johan! Bukan! bisik Lyn dalam hati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan