Sabtu, 1 Oktober 2016

Curangla Lagi Part 21

Sehingga ke malam barulah kelibat dua anaknya dihantar pulang oleh Johan. Lyn sempat memandang dari tingkat atas. Johan memberikan beg sekolah Dani dan Dina. Di tangan masing-masing sudah ada beberapa beg kertas. Hasil tangkapan di Mid Valley agaknya.

Lyn segera turun ke bawah untuk mendapatkan anak-anaknya. Bukan main ceria lagi dua beradik itu.

“Happy?” tegur Lyn.

“Daddy belikan jam baru. Mummy punya hadiah pun ada,” jawab Dani riang.

Lyn tersenyum. Johan ikut tersenyum memandang gelagat ceria anak-anaknya itu.

“Masuk dalam. Mandi,” arah Lyn.

“Okey.”

Seterusnya wanita itu mendekati suaminya yang masih terpacak di tepi kereta.

“Abang nak balik ni. Esok abang tak dapat datang. Abang ada hal kat Bentong. Abang dah pujuk Dani dan Dina. Kalau dia buat hal lagi, cakap dengan abang.”

Lyn sekadar mengangguk. Seterusnya Johan berlalu ke tempat pemandu semula dan terus menggerakkan kereta pergi. Lyn menghela nafas perlahan. Tiada lagi pujukan lelaki itu kepadanya. Tiada ucapan maaf. Tiada apa-apa.

“Itu you punya kereta, kan?” tanya Kevin sambil menuding ke arah Kia Cerato berwarna putih itu.

“Yup!” Johan mengangguk.

“Bawa saya pergi balai sekejap. You punya orang kasi tunggu sini. Tengok itu budak mahu pergi mana,” pinta Johan.

Kevin terus memandu pergi setelah memberi pesanan kepada kereta di belakang.

Di balai, mereka membuat aduan. Namun salah seorang pegawai berpangkat sarjan meminta pegawai polis bermotosikal pergi ke rumah itu sebagai escort. Cara ini lebih mudah berbanding membuat laporan polis. 

Mereka kembali ke rumah itu bersama dua orang pegawai polis. Berkali-kali Johan memberi salam, namun salamnya tidak berjawab.

“Saya tak ada masa nak tunggu lama-lama. Saya nak ambil kereta saya.”

Johan segera memanjat pagar untuk masuk. Salah seorang pegawai polis itu ikut masuk juga. Johan cuba mengetuk pintu rumah itu pula, tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu biarpun berkali-kali diketuk. 

“Dia ada di dalam. Saya dengar bunyi kipas. Dia tak mahu buka pintu,” ujar pegawai polis setelah dia kembali meronda di sekeliling rumah itu.

“Buka pintu ini! Saya tahu ada penghuni di dalam. Sila beri kerjasama,” jerit pegawai polis setelah dia kembali meronda di sekeliling rumah itu.

Tiada jawapan.

Johan pergi ke jendela terdekat lalu diintai ke dalam. Dia ternampak kelibat seorang lelaki bersandar di dinding seolah-olah mahu bersembunyi.

“Woi! Kau pekak ke??? Bagi balik kereta aku sebelum aku report hilang!!!” jerkah Johan semakin naik berang.

Lelaki itu terkejut. Sudahnya dia membuka juga pintu. Pegawai polis itu memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

“Minta IC.”

“Saya boleh beri kunci kereta tu, encik.”

“Minta IC dulu,” ucap pegawai polis itu lantas memandang ke dalam. Bau semacam. Dia mula syak sesuatu aktiviti tidak sihat berlaku di situ.

Lelaki itu berlalu ke dalam sebelum keluar semula lalu menyerahkan apa yang diminta. Pegawai polis itu menyambutnya lalu kunci kereta itu diberikan kepada pemiliknya.

“Buat apa awak sorok kereta orang?” tanya pegawai polis itu lalu dia membaca nama di kad pengenalan. Mohd Tarmizi nama lelaki muda itu. Seterusnya dia kembali mendapatkan temannya. Kad pengenalan itu diberikan kepada temannya untuk diperiksa.

Dalam masa 10 minit, hadir lagi sebuah kereta peronda polis. Johan masih tidak habis melihat keadaan enjin keretanya itu. Enjin masih dalam keadaan baik. Begitu juga kebanyakan aksesori masih ada. Namun plat nombor pendaftaran kereta dan pelekat cukai jalan sudah dicabut supaya penarik kereta tidak boleh menarik kereta itu. Tambah pula kereta itu diletakkan di dalam kawasan berpagar. Had penarik kereta menarik kereta tanpa bantuan polis hanya setakat di luar.

Melihat segala barang di dalam kereta itu, dia tahu kereta ini sering digunakan oleh Tarmizi. Cuma bahan api kereta itu hampir kering. Tanda orang yang menggunakannya tiada punya wang hendak isi tangki! Dan dia terjumpa plat asal nombor kenderaan itu bersama pelekat cukai jalan yang disimpan di dalam laci dashboard.

Selesai urusan berkenaan kereta itu, Johan mendekati pegawai polis yang membantunya. Kereta itu harus dibawa pulang ke Kuala Lumpur semula. Namun dia melihat polis sedang menyelongkar rumah itu. Mereka menemui peralatan menghisap syabu dan paket ganja.

“Saya rasa urusan saya dah selesai di sini.”

“Ya, encik boleh bawa kereta encik pergi. Selebihnya adalah urusan kami,” balas salah seorang pegawai polis itu.

Johan sempat terpandangkan Tarmizi sudah ditahan di dalam kereta polis.

“Kalau kau bagi aja kereta tu, kan senang? Tiadalah kau kantoi hisap dadah kat dalam tu. Aku bawa polis tu sebagai escort saja sebenarnya,” ucap Johan lantas ketawa kecil.

Seterusnya dia berlalu ke arah kereta KIA Cerato berwarna putih itu. Lega hatinya. Cukuplah dia terbabit dengan keluarga ini. Dia sudah serik!

Petang Sabtu itu barulah Johan muncul di rumah isterinya. Mahu melihat anak-anaknya. Dani dan Dina begitu ceria dengan kehadiran sang ayah. Peluang itu segera digunakan untuk bermain dengan anak kecilnya. Zairyl sudah mula pandai merangkak ke sana sini.

“Bersih lantai anak mummy ni lap, kan? Tak payah susah-susah mop lantai dah lepas ni,” ujar Lyn saat terlihat anaknya itu sudah merangkak sampai ke dapur. Di belakangnya Johan sedang mengekori anak itu. 

Johan segera mengangkat anaknya sebelum Zairyl masuk ke dapur.

“Abang bawa anak-anak jalan kat depan sekejap,” ucap Johan sebelum berlalu dari ambang dapur itu.

Lyn sekadar mengekori lelaki itu ke hadapan semula. Suaminya itu dilihat tidak banyak bercakap sekarang. Hanya melayan anak-anaknya, membuatkan dia menjadi tertanya-tanya.

“You marahkan I ke ?” tanya Lyn ketika di ambang pintu.

“Tak.” Lelaki itu menjawab sepatah sahaja.

Lyn mengerutkan kening melihat Johan terus berlalu bersama anak-anaknya.

“Lain macamlah suami saya sekarang, Bibik,” luah Lyn kepada Bibik Sutinah.

“Ya, aku juga perasan.”

“Kenapa ya?”

Bibik Sutinah memandang wanita itu.

“Apa mahumu? Kau mahu kata-kata atau perbuatannya? Kau harus melihat dengan mata hati sebelum terus dengan memilih perceraian,” ujar wanita itu sebelum berlalu mengangkat dulang ke meja makan.

Lyn terdiam mendengarkan itu. Cuba mencari makna di sebaliknya. Sudahnya dia ke hadapan lalu duduk di meja makan.

Bibik Sutinah tersenyum saat memandang wanita itu duduk di meja makan.

“Masalah seperti ini sudah lumrah bagi wanita. Kita melihat tetapi tidak mahu mengetahui. Bila hati sudah terluka, ya…. semuanya pun jadi salah. Maafnya salah. Pujukannya salah. Perbuatan baiknya juga salah. Apa saja pun salah. Jadi mahu kita ni apa ya? Hancur?” leter Bibik Sutinah dalam nada selamba.

Lyn terdiam. Terkesan sedikit hatinya dengan bicara wanita itu.

“Aku marah sama dia. Kerana dia menyakitimu sebelum ini. Tapi ibu, suamimu masih pulang ke rumah saban hari. Pulangnya lewat tapi tetap pulang. Suami orang lain langsung kabur sama wanita lain. Anak-anakmu masih ketemu bapa mereka setiap hari. Anak-anak orang lain, makan pun tidak tentu. Bapa mereka sudah tidak beri wang lagi. Bapa mereka tidak pulang lagi. Suamimu mahu kahwin dua. Kau benci itu. Dan Allah tidak izinkan suamimu berkahwin dua. Lalu dia tetap memilikimu seorang saja sebagai isteri. Allah beri ujian…. sedaya mana hati kita ini mahu bersyukur?”

“Bik, sakitnya bila dia layan perempuan lain lebih istimewa. Sanggup berhabis duit demi perempuan tu. Baru sekarang dia nak jauhkan diri daripada perempuan itu.”

“Ya, Bibik tahu itu. Sakit itu tidak mungkin akan hilang dengan cepat. Lalu bagaimana kau mengubatinya? Kau mahu terus menyalahkan dia? Waduh… mana manusia yang tiada khilafnya. Tuhan ampunkan manusia yang buat silap setelah mereka belajar daripada kesilapan mereka. Tuhan tidak tanya kita, mengapa sebelum ini kau curang pada perintah aku? Mengapa baru sekarang mahu sedar? Kau mahu dia memujuk perasaanmu? Maka ikutilah sifat-sifat Tuhan. Dengarlah pada suamimu sebaik-baiknya. Dengar dengan hatimu, bukan dengan kesakitanmu. Lihat dia baik-baik. Lihat dengan mata hatimu. Jangan lihat dia bersama bayangan wanita itu. Beri dia peluang itu. Pandang wajah anak-anakmu baik-baik. Kau akan tahu apa jawapannya nanti.”

Lyn tunduk merenung permukaan meja. Bibik Sutinah berlalu ke dapur setelah selesai menghidang di meja makan.

Lyn bangun untuk memanggil Johan dan anak-anaknya. Di ambang pintu dia terpandangkan anak-anaknya sedang bermain basikal berdekatan dengan rumah jiran bersama kanak-kanak lain. Johan pula sedang berbual dengan seorang lelaki di rumah hadapan.

Sudah benar-benar berubahkah lelaki itu? Tidakkah masih ada perasaan cinta terhadap wanita lain? Entahlah…. dia keliru. Dan dia takut untuk mempercayainya.

Lyn menyarung selipar sebelum dia keluar ke pintu pagar.

“Johan,” panggilnya sekadar dari dalam kawasan rumah.

Spontan lelaki itu menoleh.

“Masuk dulu. Minum petang,” ajak Lyn.

Johan mengangguk sebelum meminta diri daripada teman sembangnya. Sempat dia memanggil dua anak perempuannya untuk masuk ke dalam rumah juga.

Lyn segera mengambil Zairyl daripada suaminya.

“Minumlah dulu. Ada mi goreng,” ucap Lyn. Giliran dia pula menjaga anak.

“Bik, mari makan. Nanti baru kemas dapur,” ucap Lyn kepada Bibik Sutinah.

Dina dan Dani masuk ke rumah tidak lama kemudian.

“Dani tak nak makan. Dani nak main dengan kawan kat luar.”

“Makan dulu,” balas Johan serta-merta. Mahu tidak mahu dua anak itu mendekati meja makan juga.

“Sampai berpeluh-peluh,” komen Lyn kepada dua anak daranya itu.

Johan tersenyum memandang gelagat anak kembarnya. Tiada lain yang dia mahukan; anak-anaknya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu ini.

Selesai menghabiskan sepiring mi, dua beradik itu terus memecut mencari basikal masing-masing.

“Dah kenal dengan jiran-jiran sekeliling?” tanya Johan kepada isterinya. Persekitaran di sini dilihatnya agak selamat dan selesa buat anak-anaknya.

“Tak semua. Yang dekat-dekat ni rajinlah tegur. Selalu jumpa sebelum pergi ofis.”

Johan mengangguk puas hati. Sebentar tadi dia lihat ramai kaum ibu berada di luar memerhatikan anak masing-masing bermain. Zaman sekarang anak-anak tidak boleh lepa. Penjenayah menunggu di mana-mana saja.

Sepanjang di meja makan itu, perbualan mereka hanya tentang anak-anak. Tiada langsung berkisar tentang mereka, membuatkan hati Lyn tertanya-tanya. Sudah jemukah Johan mahu memujuknya? Ataukah lelaki itu sudah tidak kisah lagi dengan keputusan yang akan dibuatnya?

Menjelang maghrib, Johan meminta diri. Dani dan Dina mula merengek tidak mahu si ayah pulang.

“Nanti daddy datang lagi,” ucap Johan lantas kedua-dua anaknya itu dipeluk.

“Bila? Kenapa daddy tak tinggal kat sini dengan kita?” tanya Dina perlahan.

Johan menghela nafas perlahan. Pertanyaan dan nada sang anak membuatkan hatinya dipalu kesedihan.

“Daddy akan selalu datang jumpa Dina,” balas Johan tanpa dapat menjawab pertanyaan itu.

“Janji?”

“Insya-Allah…. daddy akan datang,” ujar Johan lembut.

Bukan main muram lagi wajah dua anak itu saat menghantar sang ayah ke pintu. 

“Alah…. daddy dah kata nanti daddy akan datang lagi, kan? Masuk sana? Mengada-ada!” gerutu Lyn, geram pula dengan kerenah anak-anaknya.

Johan menghela nafas perlahan melihat isterinya memarahi dua anak itu. Dia kembali semula kepada Dani dan Dina. Dahi anak-anak itu dikucupnya bergilir-gilir.

“Pergi masuk, ya? Jangan degil, dengar cakap mummy,” ucap Johan.

Dina dan Dani mengangguk serentak.

“Macam itulah baru daddy sayang.”

Johan menegakkan tubuhnya setelah dua anak itu pergi dari pandangan matanya. Lyn mengekori lelaki itu ke pintu pagar.

“You ada jumpa perempuan tu lagi ke?” tanya Lyn saat lelaki itu keluar melalui pintu pagar kecil.

“Tak ada.”

“Tak rindu ke? Dulu bukan main lagi.”

“Lyn nak abang pergi cari dia semula ke?” balas Jojan dalam nada menyindir.

Tersentap Lyn mendengarkan itu.

“Pergi baliklah. Menyakitkan hati aja bercakap dengan you!” Pintu pagar itu terus ditutupnya dengan muka ketat.

Johan terus berlalu tanpa memperdulikan reaksi isterinya itu. Nak perli-perli dia? Tak kuasa dia nak layan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan