Selasa, 9 Julai 2024

Pendaratan Cemas, Penumpang Bawa BOM? Kisah Di INDIA

 Seraya memasuki flight Cebu dari Dubai ke Manila, aku terus tidur kerana terlalu penat. Selang beberapa jam, aku dikejutkan dengan pengumuman kapten untuk mendarat. Dalam hati berfikir, cepat sungguh sampai ke Manila sedangkan perjalanan Dubai Manila mengambil masa lapan jam setengah.


"Isu keselamatan menjadi keutamaan sewaktu perjalanan, jangan anggap ia perkara kecil kerana ia mungkin mampu membawa bencana yang tidak dapat dijangkakan"

Rabu, 26 Oktober 2022

Negara Pertama Aku Mengembara. China

 Kelihatan beberapa penumpang pesawat terbaring di atas kerusi. Mungkin penat menunggu waktu berlepas. Bilik kuarintin bagai menjadi medan kesabaran buat kami. Jam baru sahaja melepasi 12 malam manakala penerbangan ke Shenzhen pada jam 2.30 pagi.



Isnin, 26 Ogos 2019

SEBILIK DENGAN GAY: KISAH DI MANILA

SEBILIK DENGAN GAY: KISAH DI MANILA


Penerbangan soloku ke Manila, Filipina membawa episod baru dalam siri-siri pengembaraanku. Pemilihan negara ini bermula apabila aku telah membeli tiket promosi Cebu Pacific berharga RM110 untuk penerbangan Manila-Dubai (return) enam bulan sebelum tarikh penerbangan. Sangat murah dan tidak masuk akal harganya. Pesawat tambang murah itu adalah milik Filipina dan aku perlu menaiki pesawat tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila. Maka aku perlu mencari tiket untuk menuju ke Manila terlebih dahulu dan pilihan yang dibuat adalah dengan menaiki Pesawat Air Asia dengan harga tiket RM250 perjalanan pergi balik.

Sebaik tiba di Manila, aku disambut dengan kesesakan jalan raya yang sangat luar biasa. Padat. Kelihatan kenderaan awam bernama Jeepney antara yang memenuhi Kota Manila. Teruja aku dapat menaiki kenderaan tersebut menuju ke hotelku yang terletak berdekatan stesen LRT EDSA. Tambangnya sangat murah iaitu 8 peso (sekitar 60 sen). Untuk tambang LRT di sini juga harganya tidaklah begitu mahal namun perlu bersesak dengan orang yang sangat ramai. Padat umpama sardin dalam tin.

Aku mempunyai masa dua hari untuk melawat Manila sebelum menuju ke Dubai. Sebaik tiba di Kabayan Hotel Pasay, aku terus ke kaunter untuk menyemak tempahan yang telah dibuat. Aku membuat tempahan hotel bukan melalui laman web Trivago, tetapi Booking.com. Antara kelebihan Booking.com ini kita boleh tempah dulu dan bayar kemudian sewaktu tiba di hotel. Setelah disemak, namaku berada dalam sistem. Aku memilih bilik dormitory yang perlu berkongsi dengan empat orang. Namun, jika dulu sewaktu di Romania di mana aku terambil bilik mixed, namun kali ini aku telah bersedia awal dan mengambil bilik khas untuk male sahaja.

Setelah membuat bayaran 400 peso (RM34) untuk satu malam, aku terus menuju ke bilikku di tingkat dua. Sebaik masuk, kelihatan ada tiga orang lelaki yang sedang berehat dalam bilik tersebut. Kami saling berkenalan antara satu sama lain dan kesemua mereka adalah orang Filipina.

Sedang asyik berbual sehingga masuk topik perkahwinan, aku bertanya kepada salah seorang mereka yang berbadan agak berisi sama ada sudah berkahwin atau belum. Umurnya sudah lebih 30 tahun. Namun jawapan yang diberikan agak mengejutkanku.

"I dont want to get married. I'm a gay" mukanya begitu serius. Aku menyangka mungkin dia bergurau.

Namun setelah dia mengatakan, dua orang lagi rakan dalam bilik tersebut juga adalah gay dan mereka mengakuinya. Aku percaya. Bagi mereka itu perkara biasa dan memang ramai gay di Filipina. Mereka punyai pendirian tersendiri antaranya mengenai isu LGBT.

"Dont worry brother, we will not do anything bad to you" sempat lagi mereka menenangkanku dengan senyuman.

Aku mengangguk dengan melemparkan senyuman agak kelat. Hatiku sudah tidak tenteram, dulu di Romania sebilik dengan perempuan, kali ini dengan gay pula. Aku berdoa dalam hati agar tiada apa-apa terjadi. 3 lawan 1.

Malam itu, selepas penat berbual aku minta izin untuk tidur dahulu. Mereka juga katanya ingin tidur juga kerana hari sudah larut malam. Katilku di bahagian atas. Setelah lampu ditutup, aku berjaya juga lena walaupun jantung berdegup kencang. Tidak tenang.

Tengah nyenyak tidur, boleh pula aku terjaga tiba-tiba. Dan mengejutkan lagi, seorang daripada mereka sedang melihat ke arahku. Rupa-rupanya dia tidak tidur lagi. Katilnya di bahagian bawahku. Dia menyuruh aku tenang, katanya dia tak boleh tidur. Tidak tenang aku untuk menunggu hari siang.

Mujur tiada sebarang perkara yang tidak diingini terjadi. Sudahlah waktu itu aku belum berkahwin lagi. Alhamdulillah, mereka juga profesional dan menghormatiku sebagai seorang Islam.

SUMBER: TRAVELOG MR TRAVELLER

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga.  Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :-
a)    Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-
                     i)        Pergerakan Mendatar (Linear Motion)
                    ii)        Pergerakan Menegak (Vertical Motion)
Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.
A – Pergerakan Mendatar
B – Pergerakan Menegak
C – Vektor Resultant

1)    Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
2)    Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.
3)    Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.

b)   Momentum

Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.  Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad.  Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah.
            Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi.  Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

c)    Daya Sentrifugal
v  Daya Sentrifugal
v  Daya Sentripetal
v  Daya Ikut Tangan
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal.  Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan.  Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal.  Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.
Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

d)   Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan ‘inderect’.  Putaran ‘direct’ dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran ‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi.
            Putaran ‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.




e)    Graviti dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.
Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang.  Walau bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.
            Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang.  Manakala dalam jasad C, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada palang.

PRINSIP AKSI – REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut itu di angkat.
            Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan yang lain.
            Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat.  Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan.  Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang.  Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan.  Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.
            Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.  Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.


HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :-
1)    Hukum Inertia (Hukum Pertama)
Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.
2)    Hukum Pecutan (Hukum Kedua)
Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.
3)    Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)
Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan.

Sabtu, 15 Oktober 2016

9M MLK Malaysia Airlines Boeing 737-800

9M MLK

Image result for 9m mlk

Seriel Number 39321 LN: 3778
Type: 737 - 8FZ
First Flight Date: 15/09/2011
Delivery Date 22/09/2011
Engines: 2 x CFMI CFM56 - 7B26

9M MLJ Malaysia Airlines Boeing 737-800

9M MLJ

 Image result for 9m mlj

Seriel Number 39319 LN: 3564
Type 737 - 8FZ
First Flight Date 14/02/2011
Delivery Date 02/03/2011
Engines 2 x CFMI CFM 56 - 7B26

9M MLI Malaysia Airlines 737-800

9M MLI

Image result for 9m mli

Seriel Number 31793 LN: 3503
Type 737 - 8FZ
First Flight Date 12/12/2010
Delivery Date 22/12/2010
Engines 2 x CFMI CFM 56 - 7B26