Sabtu, 1 Oktober 2016

Curangla Lagi Part 16

Surat demi surat tuntutan hutang pembelian aset dan amaran tindakan tarik semula sudah berkali-kali diterimanya. Pening kepala Johan dibuatnya. Termasuk faedah yang tidak dibayar kepada bank, kini hutang yang terpaksa dipikul sudah mencecah 1.5 juta ringgit! Dan dia terpaksa membayar satu amaun yang besar untuk menggelakan rumah yang diduduki Syiha sekarang disita oleh bank.

Kini matanya terhidang pula dengan penyata kad kredit yang belum dilunaskan untuk bulan ini. Jumlah penggunaan beberapa keping kad sudah melebihi had maksimum. Mujurlah belum ada surat dari Bank RHB berkenaan pinjaman peribadinya sebanyak 70 ribu yang dibuatnya beberapa bulan dulu.

‘Mati aku….’ desis Johan seorang diri. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak segera memindahkan hutang kondominium itu ke atas bahu orang lain. Masalahnya, Syiha sedang mendiami rumah itu sekarang.

‘Ah, pedulikan!’ bisik hati Johan.

Johan segera mengangkat gagang. Nombor Joshua didailnya. Hanya beberapa saat dia menunggu, panggilannya segera dijawab.

“I ada masalah besar sekarang,” ucap Johan tanpa mukadimah yang panjang meleret.

“Apa dia?”

“Begini…ermm… I nak you jual rumah I di Pantai Hill Park. Cari buyer secepat mungkin sebelum bank sita rumah tu.”

“Kenapa?”

“My wife dah tahu pasal I dengan perempuan tu. I need your help.”

“Okay. Back to you latar,” balas Joshua lantas mematikan talian.

Lelaki bernama Joshua itu mendail pula nombor seseorang.

“Cik Puan, dia dah setuju nak jual rumah tu.”

“I nak you deal dengan bank secepat yang mungkin tanpa dia tahu siapa yang beli rumah tu. Dan I tak mahu bank sentuh rumah tu. Berapa lama masa yang diperlukan?”

“Seminggu lebih kurang. Macam mana dengan budak perempuan tu?”

“Leave that problem to me. You cuma uruskan apa yang I minta tadi.”

“Okey.”

“Stupid, Johan. Isteri lagi banyak duit daripada dia. Lagi dia nak dari pasal mahu kahwin lain.” Lelaki bernama Joshua itu ketawa kecil. Menjadi orang upahan wanita itu lebih lumayan berbanding komisen yang diterimanya daripada Johan. Duit punya pasal, sudah tentu dia rela berpaling tadah!

“Abang, tolonglah…. banyak barang nak bawa naik ni.”

“Abang nak Syiha berjimat cermat lepas ni. Jangan minta duit daripada abang lagi. Abang tak mampu nak beri duit macam dulu dah.”

“Syiha tahulah, bang. Abang ni risau sangatlah,” jawab Syiha manja. Seterusnya dia keluar dari kereta.

Johan menghela nafas perlahan sebelum ikut keluar dari kereta. Beberapa beg plastik diambilnya dari dalam kereta. Selebihnya barulah diangkut oleh Syiha. Mereka berdua terus berjalan ke lobi.

Setiba di tingkat 15, Johan berdiri di belakang Syiha menanti gadis itu membuka pintu.

“Jom, masuk.” ajak Syiha.

Johan mengangkat beg plastik itu sebelum ikut masuk ke dalam rumah.

“Ada sesiapa datang sini bercakap dengan Syiha pasal rumah ni?” tanya Johan setelah semua barangan itu diletakkan di dapur.

“Tak ada. Abang duduklah dulu. Syiha hidangkan air,” jawab Syiha lunak.

Johan berlalu ke ruang tamu. Cantik rumah ini. Masakan tidak, segala perabotnya dibeli yang berjenama dan berkualiti.

Seketika kemudian, Syiha hadir di ruang tamu itu dengan menatang jus oren.

Johan menegakkan duduknya untuk menghilangkan dahaga. Namun sedang meneguk air itu, dia terpandangkan kelibat seseorang berdiri di ambang pintu utama. Dia menoleh. Seterusnya gelas di tangannya terlepas.

“Enjoy momen-momen berdua?” sapa Lyn lantas masuk ke dalam rumah itu.

Syiha terpaku sebelum dia duduk rapat dengan Johan tanda ketakutan.

“Lyn, abang cuma tolong dia….”

“I tak tanya, sebab I tak mahu tahu alasan you,” pintas Lyn lantas melabuhkan duduk di salah sebuah sofa. Bibirnya tersenyum memandang Syiha.

“You…” Lyn menuding kepada gadis itu.

“Sambil I berbincang dengan husband kesayangan I ni, I nak you kemaskan barang-barang you. Eh! Pastikan barang-barang tu bukan hasil daripada sugar daddy you ni, ya? Sekarang!”

“Untuk apa? Abang Johan yang berhak halau Syiha.”

“Untuk apa?” Lyn ketawa geli hati.

“This is my house, you know. Tell her, Johan. You dah jual rumah ni sebab dah tak nak tanggung hutang, kan? Guess who bought it from you?” Lyn ketawa lagi. 

Johan terkumpal-kumpal tidak tahu apa yang hendak dibuat.

“More your ass now!” ucap Lyn tajam.

“Abang, apa ni? Mana Syiha nak pergi malam-malam macam ni?” rayu Syiha sambil memegang lengan Johan.

Spontan Lyn buat-buat menguap pula. Bosan dengan drama di hadapan mata.

“Nampaknya you yang tak ada apa-apa sekarang. See? Jangan cari pasal dengan I, Syiha. You suruh husband I ceraikan I, ya? Berani you ya? Now what?” ejek Lyn.

“Abang!” rayu Syiha. Air matanya mula berderai. Terbayangkan rumah sewa yang pernah menjadi persinggahannya dulu. Sempit dan buruk. Dia tidak mahu. Dia sayang rumah ini. 

“Lekaslah. I ada ramai anak kat rumah tu yang nak kena tengok. I nak you kosongkan rumah ni malam ini juga!” tekan Lyn dengan riak wajah tidak berperasaan.

“Abang….”

“Pergi kemas barang,” ucap Johan perlahan. Lengannya ditarik daripada pegangan Syiha. Sungguh dia tidak mampu lagi melakukan apa-apa selain meminta Syiha menurut kehendak Lyn.

“Syiha tak nak!”

“Ini bukan rumah abang lagi dah. Pergilah lekas. Abang dah serabut ni!” tekan Johan.

Johan menghela keluhan sambil mengutip cawan di lantai. Entah kenapa dia jadi bingung. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada isterinya itu.

“Janji nak lupakan. Tapi nampaknya you masih layan dia,” ucap Lyn.

“Abang minta maaf, Lyn. Abang tak berniat….” Johan mengeluh lagi. Rasa macam hipokrit benar dia apabila menyebut perkataan tidak berniat. Adakah mana-mana perbuatan tanpa niat jika dia memang sudah merancang hendak menghantar Syiha pulang?

“Terima kasih sebab faham yang I dah teramat-amat meluat dengan perkataan tak berniat you tu. Dengar sini baik-baik, Encik Johan. I akan teruskan dengan tuntutan cerai selepas I selesaikan hutang budak tu dengan I. By the way…. BMW you yang lama, I akan ambil semula. You ambil 120 ribu daripada akaun simpanan I. I nak duit tu semula. Selepas itu, I mahu you keluar dari rumah kita. Get married again and live happily even after. What do you say?” ucap Lyn dalam nada ceria. Namun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia saat ini.

Johan tunduk meraup rambut. Soal cerai itu ternyata menakutkannya kerana itu akan memberi goncangan kuat kepada keluarganya.

“Kata orang, diam tu tanda setujulah tu…” Lyn melemparkan perlian.

“Lyn, abang tak tahu nak cakap macam mana. Abang mengaku abang lemah, Lyn. Tolonglah jangan buat macam ni. Anak-anak kita masih kecil.”

“Shttt…. I tak nak dengar reason anak tu semua. Itu klise!”

“Sayang….” Johan bingkas bangun mendapatkan isterinya.

“Jangan panggil I sayang.”

“I love you so much!”

“Shut up!” Spontan Lyn melempang pipi Johan.

Johan terpempan memandang isterinya.

“Sayang ya? Waktu dia hina I, you hanya diam. You tak marah. I menahan perasaan sendiri. Sekarang you cakap you masih sayang I???” tekan Lyn lantas ketawa. Namun tawanya kedengaran pahit.

“Abang marah dia. Sumpah! Jangan tinggalkan abang,” rayu Johan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba bola matanya berkaca.

“Abang akan buat apa sahaja untuk perbetulkan kesalahan abang, Lyn. Tolonglah beri abang peluang.” Johan cuba memegang kedua-dua belah pipi isterinya itu, namun Lyn memberontak tanda tidak rela.

“Penipu! Waktu you senang, you cari dia. You berhabis duit demi dia! Sekarang you dah susah, baru you nak merayu-rayu pada I!” bentak Lyn. Tanpa dapat ditahan matanya berkaca. Sedar dia hanya berharga kepada Johan dalam keadaan tertentu.

“Tidak. Sayang, abang buat apa sahaja. Abang janji. Jangan buat abang macam ni. Kesiankan abang, Lyn.” Tidak cukup merayu, Johan meraih kedua-dua tangan isterinya lalu dia tunduk mengucup jemari wanita itu.

“Abang minta maaf.” Mengongoi-ngongoi lelaki itu menangis di ribaan isterinya.

Sekian lama menahan perasaan, wanita itu menangis juga. Sekuat mana dirinya, dia juga punya hati. Betapa terseksa menahan air mata. Puas menangis, Lyn tersandar di sofa.

Johan memandang isterinya semula.

“Abang akan putuskan hubungan dengan dia.”

“Jangan berhenti lagi. I tak nak dengan dah.”

“Okey. Abang tahu Lyn dah tak percaya lagi pada abang. Abang nak kembali semula jadi suami Lyn yang dulu. Berilah abang peluang tu.”

“Berbulan-bulan I ditipu. Tertanya-tanya apa sebab you berubah. I tak pernah sangka sama sekali you sanggup jadi macam ni. Waktu tu you tak ingat anak, you tak fikir perasaan I. I penat, Johan. Jadi isteri you tak mudah. I tanggung banyak beban. Daddy you beri I anak lelaki dia. Perangai kadang-kadang macam budak-budak! Semua benda mesti dijaga. I dah tak tahan lagi, Johan. Lepaskan I. Biar I besarkan anak-anak. You boleh buat apa yang you suka. I pun dah tak daya nak nak paksa you lepaskan Syiha. Lagi I larang, lagi you jumpa dia. Sampai sanggup duduk dalam rumah berdua-duaan dengan dia. I ni tak ada perasaan ke? You tak pernah layan I istimewa sepertimana you layan Syiha, Johan! You tak pernah belikan I kereta, rumah. Tak pernah! Sampainya hati. I lahirkan anak-anak you, you tahu tak???”

Pada akhir bicara, Lyn menangis teresak-esak di situ. Tidak terbayang keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung kerana semua ini. Betapa dia setia menyayangi lelaki ini tanpa mengira berapa banyak kekurangan yang terpaksa ditampungnya. Tetapi Johan begitu tega mengkhianati kasih sayangnya.

Namun seketika kemudian dia menolak lelaki itu sebelum bangun. Tidak ingin meraih simpati dengan tangisannya. Air matanya dikesat sebelum dia kembali memandang Johan.

“I nak dia keluar dari rumah ni. I tak akan bertolak ansur lagi.”

“Okey. Abang suruh dia keluar,” ucap Johan bersungguh-sungguh.

“Syiha! Get out now! I can’t wait anymore. Time is gold!” jerit Lyn dari ruang tamu itu. Bengang dengan suaminya. Menyuruh wanita itu keluar dari rumah pun lembap!

Syiha keluar dari kamar tidurnya dengan riak wajah muram. Namun tiada sebarang beg pakaian bersamanya.

“Mana beg baju you?” tanya Lyn.

“Abang…” Syiha segera meluru ke arah Johan. Lelaki itu dipeluknya tanpa segan-silu.

“Eh! Apa ni???” Kelam-kabut Johan mahu melepaskan diri. Kalut dengan perbuatan Syiha sementelah isterinya yang berada di situ melihat.

“Tolonglah Syiha, abang. Syiha tak nak macam ni. Syiha nak kahwin dengan abang.”

“Kan abang dah suruh kemaskan baju? Mana begnya???” tekan Johan semakin serabut dengan masalah ini. 

“Syiha nak duduk mana? Syiha nak duduk sini!”

“Tak boleh! Syiha faham ke tidak ni??? Ya Allah, tolonglah aku…” keluh Johan lantas meraup rambutnya.

Lyn memandang tajam. Spontan dia ke kamar tidur gadis itu. Betapa dia terkejut melihat bilik itu bersepah dan kotor ya ampun!

“Macam ni nak jadi isteri? Harap muka aja cantik. Bilik tidur macam tongkang pecah! Kemas bilik pun malas. Kain baju bergayut sana sini! Tu….. lelaki kesayangan kau tu, bapaklah cerewetnya. Tak boleh tengok rumah bersepah!” Melengking suara Lyn saat menyaksikan semua itu. Geli dia hendak memijak bilik itu. Kononnya hendak mengambil beg pakaian Syiha. Tidak sanggup pula rasanya hendak masuk. Dengan bekas makanan tidak dibawa ke dapur lagi. Geleng kepala dia dibuatnya.

Syiha terkebil-kebil. Memanglah ruangan rumah ini nampak kemas sahaja. Dia mengupah orang mengemas rumah setiap dua hari.

“Suruh dia keluar atau I akan buat cara yang dia tak suka nanti, Johan!” bentak Lyn kepada suaminya yang melugu sahaja. Seterusnya dia terus ke pintu utama. Lebih rela duduk di luar daripada memandang drama dua manusia itu.

“Pergilah, Syiha. Abang dah tak boleh buat apa-apa dah. Ini bukan rumah abang!” tekan Johan kepada Syiha.

“Syiha nak duduk dengan abang.”

“Kau ni tak faham bahasa ke? Aku kata pergi ambil beg baju sana! Pekak ke???” tengking Johan. Mula naik darah dengan kerenah Syiha yang tidak mahu cuba memahami kesempitannya.

Berderai air mata Syiha sambil berlarian ke bilik. Sudahnya dia menarik dua beg beroda ke pintu. Seterusnya masuk lagi mengambil dua beg lagi. Kemudian masuk lagi. Entah berapa beglah dia nak bawa agaknya.

Lyn sempat memandang beg beroda berwarna coklat itu. Menyirap darahnya melihat beg itu berjenama LV. Sudah tentulah hasil daripada mengetuk poket suaminya itu.

“Hei! I cakap cuma bawa barang-barang milik you saja. Ni beg LV ni apa cerita???” marah Lyn.

“Tiada beg,” balas Syiha rendah.

“Kunci rumah!” pinta Lyn dalam nada kasar. Mahu tidak mahu Syiha memberi juga kunci rumah itu kepada Lyn.

“Puan, saya minta maaf atas apa yang saya cakap hari tu. Tolonglah jangan buat saya macam ni.”

Lyn hanya buat tidak dengar. Pintu rumah itu ditutupnya agak kuat. 

“Adik I akan duduk rumah ni. Jangan you berani-berani datang sini lagi. Kunci Bentley you???” pinta Lyn sambil menadah tangan kepada suaminya.

“Hah?” Johan ternganga.

“Bak sinilah!” bentak Lyn lantas cuba menyeluk poket suaminya. Tidak sempat Johan menahan, kunci sebentuk itu sudah ada di tangan isterinya.

“You berdua cinta sama cinta, kan? Sekarang sama-sama jalan kaki!” ucap Lyn kesat sebelum dia berlalu ke arah lif.

Tiada mood mahu melayan kerenah Syiha. Tidak habis-habis merengek, meminta untuk menginap di hotel sehingga dia mendapat rumah sewa. Johan menghubungi Grab. Gadis itu ditumpangkan sehingga ke sebuah hotel murah di tengah Kuala Lumpur. Dia memberikan wang 1500 ringgit kepada Syiha sebagai bekalan untuk gadis itu mencari rumah sewa esok.

“Hubungan kita setakat ini saja. Abang tak mahu Syiha call abang lagi. Abang minta maaf banyak-banyak.”

“Abang…” Mendayu-dayu suara Syiha dalam kesedihan, namun Johan hanya diam. Sungguh, dia tidak mampu lagi melakukan apa-apa.

“Takkan abang nak tinggalkan Syiha kat sini? Syiha takut.”

“Abang minta maaf. Abang tak mampu lagi, Syiha. Syiha kena lupakan abang.”

“Syiha sayangkan abang.”

Johan hanya diam sebelum dia berpaling meninggalkan Syiha di lobi rumah tumpangan itu. Selebihnya pandai-pandailah Syiha menguruskan diri sendiri. Johan menghela keluhan berkali-kali ketika berada di dalam kenderaan itu. Si pemandu tidak bercakap sepatah pun sehinggalah kereta itu berhenti di hadapan rumah.

Setelah membayar harga tambang, Johan turun. Kereta kesayangannya sudah berada di ruangan garaj menandakan isterinya berada di rumah.

Senyap-senyap Johan masuk ke dalam rumah. Walaupun tidak pernah berlaku, bimbang juga terbang periuk belanga kepadanya. Namun rumah itu sunyi sepi. Johan terus naik ke tingkat atas. Kakinya dihalakan ke bilik yang didiami isterinya.

“Lyn…” panggil Johan sambil mengetuk pintu.

Tiada balasan.

“Sayang, buka pintu ni sekejap.”

Johan menanti seketika. Namun hampa. Agaknya isterinya sudah tidur. Tetapi ketika dia sampai ke biliknya, dia terpaku memandang beberapa buah beg sudah siap berkemas. Setelah dilihat di dalam wardrobe, ternyata semua bajunya sudah tiada!

Johan berjalan longlai ke birai katil. Seperti orang tiada daya, dia terduduk di situ. Dia tunduk meraup rambutnya. Lama dia berfikir sendiri. Adakah dia harus tunggu dan memujuk isterinya itu? Atau pergi saja sebelum pagi? Dia tidak ingin anak-anak perempuannya melihat kepincangan hubungan ini.

Namun sedang dia termenung, tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik lain dibuka. Johan sekadar membatu di situ sehinggalah Lyn tiba. Sungguh sedih. Dia melihat mata perempuan itu bengkak. Seperti baru lepas menangis. Hatinya pedih. Sudah tentulah wanita itu menangis kerananya.

“Lyn, takkan sampai hati Lyn nak suruh abang pergi dari rumah ni? Ini rumah kita.”

“Ya, I tak sekejam itu. I dah fikir masak-masak. I tak berhak minta you pergi dari rumah ni,” jawab Lyn lantas mendekati beg pakaian itu.

Ketika beg pakaian itu dibuka, Johan terus bangkit lalu melabuhkan punggung di atas lantai dekat dengan isterinya. Namun Lyn hanya buat tidak tahu kepadanya. 

“I nak cerai,” ucap Lyn sambil dia mengeluarkan semula pakaian lelaki itu.

Johan tunduk sedikit sambil menghela nafas panjang. Tidak terjawab bicara isterinya itu.

“Maafkan I. I kejam pada you. I tak faham you. I kejam pada perempuan yang you sayang.”

“Lyn perempuan yang abang sayang. Janganlah buang abang daripada hidup Lyn. Abang menyesal, sayang.” Menggigil suara Johan saat menuturkannya.

Lyn diam. Pakaian Johan habis dipunggah keluar dari beg itu.

“Abang yang kejam. Abang yang lupa betapa banyaknya yang kita lalui bersama selama ini. Abang tak pernah hargai setiap kesusahan yang Lyn hadap selama hidup dengan abang. Abang buat Lyn menangis. Abang minta maaf banyak-banyak, sayang.”

Lyn terus tidak menjawab. Sesudah mengosongkan sebuah beg, dia menarik sebuah beg yang lain pula.  

“Lyn, tinggalkan beg tu.”

“I tak mahu dengar apa-apa lagi,” balas Lyn. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk hatinya kembali teguh bersama Johan seperti dulu. Dia tidak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup bersama lelaki ini lagi. 

“Berilah abang peluang sekali lagi. Abang khilaf, Lyn.”

Lyn diam semula sambil meneruskan kerjanya. Johan memandang gelagat isterinya tanpa jemu sambil memikirkan apa yang hendak dibuatnya untuk memujuk semula isterinya. Sesudah mengosongkan beg kedua, Lyn bangun. Pakaiannya di dalam wardrobe itu pula yang diambilnya, membuatkan Johan terperanjat besar.

“Lyn buat apa ni?” tanya Johan kaget.

“I tak sampai hati nak halau you dari rumah you sendiri. Jadi, I yang akan pergi.”

“No! Sayang, jangan buat macam ni. Lyn nak abang pergi, abang boleh pergi, sayang. Abang akan berikan Lyn masa sampai keadaan ni reda. Tolong jangan tinggalkan rumah ni.” Lekas-lekas Johan menahan tangan isterinya. Kemudian wanita itu ditarik ke dalam pelukannya. Pelukan yang menenangkan. Tidak sedar, entah sudah berapa lama dia tidak memeluk isterinya.

Tidak tertahan lagi, Johan menangis melihat kemusnahan yang sudah dibuatnya.

“Abang masih ingat selama ni terlalu banyak abang lukai hati isteri abang. Abang tak tahu dengan apa abang nak ubati itu semua.” Johan memaut tubuh isterinya erat-erat. Berharap agar pelukannya mampu merawat luka dalam hati Lyn.

“Lepaskan I,” keluh Lyn. Dada lelaki itu cuba ditolaknya namun tidak berdaya. Serentak itu dia terkulai pula.

Keadaan aneh itu membuatkan Johan segera meleraikan pelukannya. Tindakannya itu menyebabkan tubuh isterinya hampir terjatuh ke lantai namun sempat disambutnya. 

“Ya Allah….Lyn?” Johan lekas-lekas membaringkan Lyn di atas lantai. Isterinya seperti sedang pitam. Lekas-lekas ditarik beg kosong lalu dijadikan alas di bawah tumit isterinya agar bahagian kaki ternaik sedikit.

“Sayang, bangun…” bisik Johan sambil raut sang isteri diusap berkali-kali. Dia perasan hujung jemari isterinya agak sejuk.

“Lyn?” panggil Johan sambil jemari itu diramas sedikit kuat beberapa kali. Bimbang darah tidak mengalir ke bahagian itu.

Tiba-tiba Lyn menggerakkan kepalanya. Wajahnya berkerut sambil memegang kepala. Kepalanya berdenyut makin kuat. Rasa serba tidak kena. Saat ini dia hanya mahu tidur selena-lenanya. Tapi bagaimana? Semenjak kebelakangan ini dia tidak mampu lena.

“Kita pergi klinik?” ucap Johan. Risau melihat sesuatu yang tidak pernah berlaku selama ini.

Lyn menggeleng sambil cuba bangun. 

“I need some test. I dah tak larat,” keluh Lyn perlahan. Otaknya seperti tidak mampu bekerja lagi.

“Kita pergi kliniklah. Abang risau, Lyn.”

Lyn hanya buat tidak dengar. Sudahnya Johan bangun sebelum wanita itu dicempungnya. Jelas benar Lyn seperti tidak berdaya mahu bangun. Tubuh wanita itu diletakkan di atas katil. 

Lyn tidak menjawab. Sebaliknya lengannya dijadikan pengadang mata. Kalau boleh telinganya ini pun mahu ditutup agar dia dapat tidur dengan aman.

Johan duduk di sisi katil itu sambil memandang isterinya. Biarpun dia sedar Lyn tidak ingin diganggu, dia mengusap rambut isterinya berkali-kali. Berharap esok keadaan isterinya  akan pulih semula. Dia tidak sanggup untuk menanggung rasa berdosa kerana membuat isterinya jadi begini.

“Abang ambil anak ya?” bisik Johan sebelum dia bangun untuk ke bilik lain. 

Lelaki itu mengambil anak kecilnya penuh hati-hati sebelum dibawa semula ke bilik itu.

Ingin benar lena. Tetapi dia tidak mampu lena dalam keadaan begini. Sudahnya Lyn bangun semula ketika Johan di dalam kamar mandi. Segera mencari tempat dia menyimpan kebanyakan pil. Sepapan Paracetamol ditemuinya bersama ubat lain. Ubat itu ditelannya tanpa air.

Tubuh kembali dibaringkan di katil dengan harapan sakit di kepalanya dapat dikurangkan sedikit. Namun baru si ibu hendak lena, anak kecilnya terjaga pula. Mahu tidak mahu, bangunlah lagi dia.

Zairyl merengek tidak keruan biarpun sudah disuakan susu daripada tubuh si ibu.

“Kenapa ni, sayang?” keluh Lyn lantas bangun semula. Baru tersedar, susu di dadanya tidak keluar lagi. Puas dipicitnya agar susu itu keluar seperti selalu. Tetapi hanya sedikit yang kelihatan. Sudahnya disua juga dadanya kepada si anak.

Zairyl menolak setelah beberapa kali mencuba. Lyn kaku memandang anak kecilnya melalak sekuat-kuat tidak. Terkapai-kapai tangan anak kecil itu meminta pelukan ibunya. Tiba-tiba Lyn menangis melihat anaknya begitu. Tidak berdaya lagi menanggung kesengsaraan hati.

Johan segera keluar dari kamar mandi setelah terdengar suara anaknya.

“Kenapa ni?”

Lyn menggeleng sebelum dia bangun dari katil tanpa memperdulikan anak itu. Sudahnya Johan lekas-lekas mengambil Zairyl yang menangis sehingga merah mukanya.

“Daddy sini. Nak susu ke? Daddy buatkan susu ya?” ucap Johan lantas membawa anaknya keluar dari bilik. Tidak mahu tangisan anaknya membuatkan isterinya bertambah tertekan. Namun sebagai bapa yang tidak berapa tahu benar menjaga anak, kelam-kabut dia jadinya. Sehingga Bibik Sutinah keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku.

“Ada apa ni, pak?”

“Saya nak buat susu.”

“Mari aku buatkan. Waduh…. lapar tuh,” ucap Bibik Sutinah.

Johan lekas-lekas mendapatkan anaknya yang ditinggalkan di ruang tamu. Sesudah membuatkan susu, Bibik Sutinah mendapatkan Zairyl.

“Mari aku susukan dia.”

Mahu tidak mahu, Johan menyerahkan anaknya kepada pembantu rumah. Dia sendiri tidak sempat memakai baju. Masih bertuala.

“Saya naik atas sekejap.”

“Pak, biarlah anakmu ini dengan aku. Puan itu aku lihat tidak berapa sihat semenjak malam tadi. Kasihan benar aku sama dia.”

“Dia pitam tadi.”

“Ngapain Bapak Johan tega sekali melayani dia seperti itu? Dia itu ibu kepada anak-anakmu!” keluh Bibik Sutinah sebelum dia kembali memandang Zairyl. Susah hatinya melihat keadaan kelurga ini.

Johan tidak menjawab. Terus dia berpaling untuk naik ke tingkat atas semula. Bimbang dengan keadaan isterinya.

Di dalam bilik, dia terlihat Lyn sedang terbaring dalam keadaan mengiring.

“Sayang, abang dah beri Aril pada Bibik. Rehat ya?” ucap Johan sambil memegang bahu isterinya.

Lyn hanya diam. Kalaulah boleh, dia mahu pergi jauh daripada semua ini. Sejauh yang boleh agar semua ini tiada lagi di hadapan matanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan