JEJAK KASIH
Kisah
ini terjadi tanpa disangka-sangka, setelah saya berpisah dengan ibu
kandung saya Junaidah, dan setelah saya mendapat dua ibu tiri iaitu
Noorizan dan Saloma, tidak terlintas lagi lagi untuk bertemu Junaidah
ibu kandung saya, lebih-lebih lagi bapa saya masih hidup dan tidak
membenarkan saya bertemunya. Tetapi dengan takdir Allah, setelah bapa
saya meninggal dunia, saya mendapat peluang di atas jasa baik seorang
sahabat unutuk saya bersama seorang wartawan dan jurugambar ke Jakarta
menemui Junaidah. Pada mulanya saya agak keberatan, kerana saya
dibesarkan tanpa ibu kandung. Tetapi setelah dipujuk oleh sahabat saya
itu, akhirnya saya bersetuju ke Jakarta. Saya meletakkan syarat kepada
mereka yang hendak membawa saya ke Jakarta, supaya jangan cuba
mengarahkan saya bergambar dengan Junaidah sesuka hati mereka. saya
tidak mahu menjadi hipokrit dan saya tidak mahu wartawan-wartawan di
Jakarta membuat liputan yang bukan-bukan. Mereka akhirnya bersetuju.
Saya
dibawa ke rumah Junaidah yang terletak di Martapura Road. Sesampainya
saya di sana, Junaidah agak terpaku, beliau dengan serta merta memeluk
saya dan menangis, saya hanya mendiamkan diri membalas pelukannya.
Apabila dipeluk, mungkin dengan izin Allah, pelukan itu adalah dari
seorang ibu yang mengandungkan saya dan melahirkan saya, jadi hubungan
darah itu yang mungkin menguatkan rasa sentuhan batin saya ketika itu.
Saya diajak naik dan diperkenalkan kepada semua ahli keluarganya.
Disinilah saya bertemu dengan Arfan, kulitnya gelap, rambutnya
berkerinting seperti negro,tubuhnya rendah seperti Junaidah dan
kelihatannya tidak terurus.
Semasa
di rumah Junaidah, saya dilayan seperti tetamu khas, sehingga saya
merasa kekok dan tidak tahu apa yang hendak saya lakukan. Pada ketika
itu saya terpaksa berpura-pura bahawa saya seronok berada di rumahnya.
Hanya tiga hari saya dah mula merasa bosan dan saya minta izin untuk
pulang. Kerana saya tidak pernah merasa kasih sayangnya sebagai seorang
ibu, akhirnya Junaidah membenarkan saya pulang ke Kuala Lumpur.
Sebenarnya
saya mempunyai seorang lagi abang yang berlainan bapa, bernama Bachok.
Dia menetap di Singapura bersama saya tetapi hanya sementara sahaja.
Bachok dan bapa tiri saya A.Harris bekerja sendiri, mereka menjalankan
perniagaan "Pangung Bergerak". Mereka
berdua akan masuk ke kampung-kampung pendalaman untuk menayangkan
filem-filem Melayu Indonesia. Datuk saya, D.Harris, pelawak filem-filem
Melayu dalam tahun-tahun 50an pernah saya jumpa semasa di Singapura. Dia
sering berlawak berpasangan dengan bapa saya. Sejak dari hari itu, saya
tidak lagi bertemu Junaidah sehingga beliau dan anaknya Arfan meninggal
dunia.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan