BENARKAH P.RAMLEE SEORANG BOMOH
Setelah
bapa saya meninggal dunia, ramai orang yang membuat bermacam-macam
cerita dan andaian. Ada yang mengatakan P.Ramlee sebenarnya tukang ubat,
ada juga yang mengatakan P.Ramlee seorang bomoh dan turut sama yang
mengatakan P.Ramlee seorang tukang tilik. Kenyataan-kenyataan tersebut
memang agak pelik bagi saya sebagai anaknya yang duduk serumah dari
kecil dan tidak pula pernah menyaksikan perlakuan bapa yang sedemikian.
Inilah agaknya akibat yang terpaksa dihadapi kalau sudah menjadi orang
ternama. Orang ramai akan memperkatakan pelbagai perkara dan tanggapan
yang enak di fikiran mereka tanpa mengendahkan perasaan ahli keluarga
dan rakan taulan yang benar-benar mengenali P.Ramlee. Perbuatan
segelintir individu memperkatakan dan membesar-besarkan perkara yang
kurang tepat mengenai bapa sememangnya sudah menjadi lumrah manusia.
Sebenarnya bapa saya bukanlah seorang bomoh mahupun seorang pengamal perubatan batin atau tradisional. Apa yang pernah dilakukannya kepada kami anak-anaknya dan beberapa kawan rapat hanyalah sekadar membantu mereka dengan bacaan doa ayat-ayat suci Al Quran, dan ianya tidak melibatkan sebarang perkara yang mencurigakan dari segi Islam. Dia tidak menggunakan jampi serapah atau pulut kuning dengan ayam panggang. Beliau hanya membacakan doa dengan air penawar dan dia menjadikan saya sebagai pembantunya. Dia hanya memberikan air doa penawar penyakit dan tidak pula mengharapkan pengeras atau bayaran. Pertolongannya ikhlas dan biarpun penat, kami biasanya kenyang dengan makanan yang disumbangkan oleh mereka yang datang mendapatkan rawatan.
Sebenarnya bapa saya pernah melakukan kerja-kerja merawat pesakit semenjak kami tinggal di Singapura lagi. Dia sering memberikan air penawar kepada anak-anaknya, keluarga dan teman-teman rapat. Saya seorang perantaraan antara dia dengan mereka yang hendak ditolong. Dia akan menyuruh saya mencuci muka dan membuka baju serta memeluk bantal dan duduk membelakangkannya. Dia akan menekan ibu jarinya kepada penghujung tulang tungking saya, dengan apa yang dibacanya sambil memejamkan mata, saya kemudian menjadi tidak sedar seketika. Pada waktu inilah beliau akan bertanya dengan saya sesuatu perkara, dan saya secara tidak sedar menjawab apa yang dinyatakannya. (Ini diberitahu oleh orang yang berada di hadapan saya ketika itu).

Perkara
ini berlaku di Singapura kepada cikgu tuisyen saya Cikgu Mat Nor.
Semasa dia baru bergurukan bapa saya, bapa saya cuba untuk menguji
keikhlasannya belajar dari bapa. Satu malam dia memberitahu Cikgu Mat
Nor, "Malam ini abang nak tengok, engkau ni betul-betul nak belajar ke
atau suka-suka." Cikgu Mat Nor agak terkejut dan berkata,"Betul bang,
betul-betul saya nak belajar". O.K. nanti Nasir akan cerita semua. Lalu
saya disuruh cuci muka duduk berhadapan Cikgu Mat Nor, saya nampak Cikgu
Mat Nor macam orang dah kena sampuk, mukanya agak pucat dan takut. Bapa
saya sengaja mengusik dia, "Ai! engkau takut, jangan takut kalau kau
benar-benar nak belajar" Seketika saya duduk itu, tiba-tiba saya tidak
sedarkan diri, bapa saya memicit penghujung tulang tungkeng saya dan
bertanya macam-macam tentang Cikgu Mat Nor. Saya pun tak tahu apa yang
saya cakap. Akhirnya bapa saya menepuk belakang saya dan menyuruh saya
cuci muka lagi, barulah saya sedar. Baru saya tahu apa yang bapa saya
nyatakan kepada Cikgu Mat Nor, saya masih ingat kata-katanya, "Bagus!
engkau betul-betul nak belajar, engkau budak baik, belajar betul-betul"
Itulah kisah tentang bapa saya yang dianggap bomoh, tetapi sebenarnya
dia bukan bomoh, hanya mempunyai satu kelebihan yang diberi Allah
kepadanya. Pak Yusof atau pencipta lagu Yusof B adalah dianggap sebagai
gurunya, kerana Pak Yusof juga mempunyai kelebihan demikian.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan