Sabtu, 1 Oktober 2016

Curangla Lagi Part 9

Beberapa hari Lyn ligat semacam. Bukan dirinya jika hanya melayan duka nestapa. Sesuatu perlu dilakukan supaya tidak menjadi semakin parah. Lyn memberi surat perletakan jawatan tanpa diketahui Johan. Syukurlah kontrak kerja yang baharu belum ditandatanganinya. Percaya atau tidak, soal kecurangan Johan tidak pernah ditanyakan kepada lelaki itu. Dia berlagak macam tiada apa-apa berlaku.

Seterusnya Lyn ke bank untuk menguruskan sesuatu. Kemudian dia pulang ke rumah melayan anak-anaknya. Bibir tersenyum gembira melihat keletah anak-anak, tapi hatinya membara oleh dendam dan sakit. Sungguh dia wanita yang tidak ingin terus disakiti. Tidak ingin lemah. Dia mahu bangkit untuk dirinya sendiri!

Pagi itu Johan merasakan kepelikan apabila melihat Lyn tidak pergi bekerja seperti kebiasaannya. Selalunya Lyn akan keluar terlebih dahulu sebelumnya. Namun tidak pada hari ini. Jam sudah hampir ke angka 7.30 namun isterinya masih bersenang-lenang di rumah. Malah uniform kerja tidak dikenakan di tubuh itu. 

“Tak kerja ke hari ni?” tanya Johan sambil memandang Lyn yang sedang mengelek anak mereka di tepi katil. Anak itu disusukannya.

“Lambat sikit.” Hambar sahaja jawapan Lyn tanpa membalas pandangan suaminya itu. 

“Kenapa?” soal Johan mahu tahu. Sepasang matanya merenung paras sang isteri daripada cermin di hadapannya. Lyn kelihatan seperti remaja awal 20-an dengan potongan rambut baharu separas bahu seperti itu. Manis sekali di matanya. Buat seketika, Johan berasa kesal kerana mempersiakan kesetiaan isterinya itu. 

Lyn hanya diam enggan mengulas semula jawapannya itu. Wajah Aril dipandangnya penuh asyik. Namun dalam hati, dia menyumpah-nyumpah kebaikan palsu suaminya itu.

‘Kau tunggulah! Aku ajar kau cukup-cukup nanti. Kau dengan betina tu sama-sama akan dapat bahagiannya! Seronok makan duit aku? Kaki penipu punya jantan!’ hatinya mengutuk sendirian. Sakit hatinya kian membusuk di dalam. 

“Ada hal apa hari ni?” soal Johan sambil mendekati sang isteri di tepi katil. Lalu dia duduk bersebelahan dengan suri hidupnya itu. 

“Ada meeting kat KL. Itu yang lambat sikit,” ujar Lyn tanpa memandang suaminya itu. Kalau selalunya dia dikelentong suaminya, kali ini biar terjuling mata Johan dikelentong olehnya pula. Lihat sahaja suprise yang bakal dibuatnya nanti. 

“Hmm… kalau macam tu abang pergi dulu ya? Ada meeting pagi ni. Dengarnya GM baru nak masuk hari ni, tapi tak tahu siapa. Ingatkan kak long nak calonkan abang jadi GM. Tapi takde pun,” ucap Johan mesra lalu pipi sang isteri dikucup dengan rasa sayang yang menggebu. 

Namun seketika kemudian dia memandang lagi wajah sang isteri. Haruman di tubuh isterinya mendebarkan perasaannya saat ini. Terasa malas pula dia mahu meninggalkan Lyn di situ. 

“Apa?” Lyn kehairanan memandang Johan yang masih memandangnya. 

“Wangi betul sayang pagi ni.” Johan mengusik manja wanita itu.

“Selama ni Lyn busuk ke pagi-pagi?”

“Selama ni tak sempat nak bau, Lyn dah pergi kerja. Hari ni ada kat rumah, baru sempat abang nak cium,” usik Johan dengan sengih miangnya. Sekali lagi dia mendekatkan diri untuk mencium pipi wanita itu.

“Abang rasa macam tak mahu pergi keja aja hari ni,” giatnya nakal. 

“Dahlah! Pergilah kerja cepat! Nanti lambat pulak. Takut nanti ada pulak yang tertunggu-tunggu kat pejabat tu,” perli Lyn lantas menolak tubuh lelaki itu. Dia tidak ingin kemesraan yang sedikit itu memusnahkan apa yang sudah dirangkanya.

Jam 10 pagi itu….

“Dato’, bilik mesyuarat dah sedia,” ucap Dahlia kepada Adrean melalui interkom.

Pengumuman itu membuatkan Adrean tersenyum memandang wanita di hadapannya. 

“Let the games begin,” kata Adrean kepada adik iparnya itu. Tidak sabar rasanya mahu memperkenalkan Lyn sebagai pengganti kepada Encik Mansur yang sudah mula bersara.

“Yes!” balas Lyn, juga sudah tidak sabar. Dia juga sudah tidak sabar mahu berhadapan dengan hakikat kehidupannya. Dia mahu lihat sandiwara Johan yang sebenar. Dia mahu lihat sejauh mana tipu daya suaminya itu terhadapnya.

Di hadapan pintu bilik CEO itu, Ariana baru sahaja mahu menjengah kakaknya. Terbeliak matanya dengan mulut ternganga luas sebaik sahaja ternampak kelibat kakak iparnya turut berada di dalam bilik itu. Namun Adrean membuat isyarat agar Ariana mendiamkan diri.

“Meeting untuk semua eksekutif sekarang,” ucap Adrean ringkas.

Ariana sekadar mengangguk, lantas mengubah haluannya ke bilik mesyuarat seperti yang diarahkan oleh kakaknya. Matanya mengerling meluat abangnya yang seronok melayan Syiha di meja gadis itu. Johan masih tidak tahu malapetaka yang bakal menyinggah.

Ketika melintasi Johan, Ariana sempat berbisik kepada Johan.

“You’re dead man!”

Johan terus memberi perhatian kepada Syiha sambil menjeling adiknya itu seketika. Apa yang dikatakan oleh Ariana tidak diambil berat langsung. Masih leka biarpun kehancuran bakal datang kepadanya sedikit masa lagi. 

“Meeting room now! Hari ni ada GM baru,” jerit Ariana mahu mengajak Johan ke bilik mesyuarat. 

Johan mendengus geram. Wajah Syiha dipandangnya semula.

“Abang kena pergi ni. Kita jumpa nanti ya?” ucap Johan lembut.

“Okey, sayang….” sambut Syiha manja.

Sebaik sahaja Adrean dan Lyn menjejakkan kaki ke dalam bilik mesyuarat itu, pertama yang dilihat mereka ialah kelibat Johan yang sedang duduk bersebelahan dengan Rosman sambil memegang cawan kopinya. Johan duduk membelakangkan pintu utama membuatkan dia masih terlalai. Tidak perasan akan kehadiran mereka. Ataupun mungkin dia sekadar buat tidak tahu sahaja. Malah pandangan matanya langsung tidak memandang ke arah pintu bilik mesyuarat biarpun rata-rata kakitangan lain sudah mengunci mulut. Johan asyik sekali menghirup kopinya dengan hati yang senang.

Adrean duduk di kerusinya sambil mengisyaratkan Lyn agar duduk di kerusi yang selalu diduduki oleh General Manager. Sakit hatinya melihat adiknya yang langsung tidak menghormati kewujudannya di hadapan bilik itu.

“Ehem….” Adrean mendeham kuat meminta agar kesemua pegawai yang dikumpulkan di dalam bilik mesyuarat itu memberi perhatian kepadanya. 

Serentak itu Johan menoleh setelah dia menghirup seketika kopinya.

Tiba-tiba mata Johan terbeliak. Habis tersembur air di dalam mulutnya apabila terpandangkan seorang wanita duduk di kerusi yang selalunya diduduki oleh Encik Mansur. Rosman di sebelah Johan segera memberikan tisu kepada lelaki itu dan seorang kakitangan lain membantu mengelap sisa air kopi di atas meja itu. Kelam-kabut suasana seketika. Kelakuan Johan mendapat perhatian seluruh kakitangan di dalam bilik mesyuarat itu.

“Boleh kita mula sekarang? Ke ada drama lagi nak ditayangkan?” soal Adrean sedikit sinis. Matanya tajam memanah Johan yang merah padam wajahnya.

Ariana pula sudah tersenyum sinis melihat abangnya itu. ‘Padan muka kau! Padan muka kau, bang! Padan muka!!!’ sorak hatinya seronok.

Johan kelu sekelu-kelunya melihat GM baru itu. Sungguh! Dia jadi tidak terkata. Saat itu dia seperti mahu lari sejauh yang mungkin. Bersembunyi di mana-mana agar dia tidak terlihat Lyn dan Lyn tidak bisa mencarinya. Dia benar-benar menggelabah. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya saat ini. Dahinya berpeluh sakan. Rentak dadanya sudah jauh berlari meninggalkan rentak asalnya. Pandangan tajam sinis Lyn tidak mampu untuk ditadahnya. Tiba-tiba dia rasa takut pula melihat wajah isterinya yang kelihatan tenang. Tenang jangan disangka tiada buaya!

“I rasa you kena kembali semula ke tempat duduk you yang sebenar, Johan!” desis Adrean benar-benar serius. Nama ‘Johan’ itu sudah cukup menggambarkan kemarahannya kepada adiknya itu.

Ariana sudah tersenyum meraikan.

“Yes!” Johan akur. Dia bangun seperti orang bodoh dan berpindah semula ke sebelah kanan Adrean. Jika tadi agak jauh, kini duduk saling berhadapan dengan wanita yang pernah menjadi ‘singa lapar’ dalam hidupnya!

“I rasa semua kenal, kan? Di sebelah kiri I ni ialah General Manager yang baharu bagi menggantikan Encik Mansur yang dah bersara.”

Kamar mesyuarat itu mula kedengaran berbisik sesama sendiri. Namun tidak bagi Johan. Mulutnya terkunci serta-merta. Dia sibuk mengelap peluh di dahinya saat ini.

“Ada apa-apa soalan nak tanya pada GM baru kita ni?” suara Adrean melantun di segenap ruang itu. Dia memandang kakitangan di hadapannya itu satu per satu. 

“Dah kahwin ke belum?” Entah siapa yang melontarkan soalan itu. Agak nakal kedengaran nadanya. Ada yang tertawa mendengar pertanyaan itu.

“Tolong jawab, Lyn. Jangan kemudian hari timbul spekulasi pula nanti. Biar mereka tahu status you,” ujar Adrean kepada adik iparnya itu.

“Buat masa ni memang I dah kahwin dan ada 3 orang anak. Esok lusa tak tahu lagi,” jawab Lyn cukup sinis. Sengaja dia tidak menyebut nama suaminya kerana dia masih belum puas melihat drama di hadapan mata. Biarkan teka-teki itu terus berlagu. Dia suka untuk mendendangkannya.

“Macam belum kahwin aja,” dengan nakal suara tadi kedengaran lagi. 

“Zakir, you kalau nak bergurau kat luar. Sekarang waktu kerja. I tak suka ada skandal dalam company I!” tegur Adrean kepada salah seorang kakitangan yang berada tidak jauh daripada Ariana. Sempat juga dia melemparkan sindiran itu kepada Johan.

Johan sekadar mengangguk akur. Dia tersenyum sambil bingkas bangun dari katil itu.

“Alah Dato’, I main-main aja. Kalau ada orang tu boleh ada skandal, takkan kami tak boleh? Untungla ada isteri cantik.” Zakir membalas sambil ketawa dengan Ariana.

Sempat Ariana mengangkat kening kepada lelaki itu. Namun mata Johan seperti sudah mahu ditelannya Zakir saat ini. Dia tahu Zakir dan Ariana berpakat menyindirnya. 

“Kalau dah tiada apa-apa lagi, tolong sambung semula kerja you all,” arah Adrean enggan melayani lawak jenaka Zakir itu.

Johan terus bungkam di kerusi itu. Serasa dia teramat lemah, seperti langit sedang menghempap dirinya saat dia terpandangkan renungan Lyn yang cukup lama tertuju kepadanya. Tidak berkalih sedikit pun!

Dia sudah cukup tahu apa erti yang terkandung di sebalik renungan itu. Di hadapan wanita itu dia merasakan maruahnya sudah merudum jatuh menyembah bumi. Apa yang dia rasa kini, bak kata Ariana sebentar tadi; ‘you’re dekad man!’

Itulah yang bakal terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan