Sabtu, 1 Oktober 2016

Curangla Lagi Part 11

Teresak-esak menangis, duduk meratapi nasib diri…. itu tidak langsung dalam senarai rancangan Lyn. Tidak! Betapa dia merasakan rugi membazirkan air matanya demi lelaki yang sudah tidak punya hati kepadanya. Lumrah hidup, setiap yang indah dan manis ini bila-bila saja akan hilang serinya suatunya masa nanti. Namun dalam pada diri telah kehilangan jiwa akibat kelukaan ini, dia tetap harus meneruskan hidup; mempamerkan senyuman buat anak-anaknya. 

Pulang ke rumah petang itu, Lyn melayan anak-anak seperti tiada apa yang berlaku. Anak-anak juga tetap gembira seperti selalu. Seperti yang dijangkanya, Johan juga pulang tidak lama selepas itu. Serta-merta lelaki itu mahu menerpa ke arahnya, seolah-olah mahu sujud di kaki Lyn. Namun Lyn bingkas bangun.

“You jaga anak, I nak keluar malam ni. You beritahu orang lain I abaikan you, kan? Sekarang I makbulkan apa yang you cakap!” ucap Lyn macam orang tidak berperasaan.

“Lyn…. nanti dulu, sayang. Abang minta maaf,” rayu Johan sebelum dia bangkit mengekori isterinya. 

“I tak mahu dengar atau pujuk rayu sekarang. I tiada mood. I cuma nak rasa kehidupan I macam waktu I anak dara dulu,” ujar Lyn selamba sambil mendaki tangga. 

“Lyn, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Please?” Spontan jemari isterinya dicapai. Wanita itu ditarik ke arahnya.

“Abang minta maaf, sayang. Abang tak bermaksud….”

“I dah tahu apa you nak cakap. Tak perlu teruskan lagi. I dah tak kuasa nak dengar alasan tak berniat, tak bermaksud dan segala yang lebih kurang itu. Tolong…. maaf you buat I bertambah benci.”

“You need to listen to me!”

“Dah berapa lama kita tak bercakap? You sibuk dengan perempuan lain. Sekarang you boleh pergi pada dia! I dah tak perlukan you lagi!” bentak Lyn dalam nada meninggi. 

Johan terpaku memandang riak menyinga isterinya.

“You sebut nak anak, kan? I tak boleh lupa you ugut I nak kahwin lain sebab I tak mampu nak tunaikan kehendak you. You tahu betapa terhirisnya hati I waktu tu? Tapi I lupakan sebab I sayang you sangat-sangat, Johan! Tapi…” Lyn tidak jadi hendak meneruskan bicara. Dia mahu menangis. Tidak, dia tidak mahu menangis!

“I tak mampu jadi isteri macam yang you nak. So, please go on, Johan.” Lyn terus berpaling untuk masuk ke bilik.

Johan ikut menyerbu masuk. Terlupa anak-anaknya berada di bawah sana. 

“Abang akan putuskan hubungan dengan dia.”

“Why? I tak larang pun you nak berskandal dengan dia. You rasa I macam perempuan lain? I akan terkinja-kinja berebut suami? No way!” Lyn ketawa kecil sambil menjongketkan bahunya.

“Really?” Johan terpaku memandang isterinya.

“You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now, I don’t care.”

“Lyn, jangan macam ni. Abang buat silap. Abang mengaku, sayang. Abang akan lupakan dia.”

“Lupakan macam tu saja selepas you ambil duit simpanan I daripada bank? Hutang you dah cecah 1 juta. Eh! I tak akan benarkan you lupakan dia macam tu saja, Johan. No! No! No! Lyn ketawa kecil.

“Lyn….”

“Shttt…. I tak ada banyak masa sekarang. I nak keluar dengan Jocker. By the way….” Lyn berlalu ke arah wardrobe, namun kemudian dia kembali memandang suaminya.”Jangan tunggu I. Belum tentu I nak balik malam ni.”

Johan lekas mendekati isterinya. Nama Jocker itu sudah cukup untuk membuatkan dia tercabar. Bukannya dia tidak tahu betapa miangnya lelaki Arab itu. Pantas lengan isterinya dicekup kasar sehingga wanita itu terdorong ke arahnya. 

“What the hell!” Belum sempat Lyn menghabiskan bicara, tubuhnya dipeluk Johan. Lelaki itu nekad mencumbui bibirnya. 

Ironisnya, apa yang disangka Johan tidak berlaku. Lyn tidak melawan atau memberontak. Malah sang isteri memeluk lehernya mesra. 

“Lyn, please forgive me,” bisik lelaki itu setelah meleraikan kucupannya. 

“No!” Lyn menggeleng sambil melepaskan pautannya.

“I tak izinkan you keluar. Don’t go!” jerit Johan mula kalut melihat isterinya mencapai gaun hitam yang paling disukainya itu. Baju itu dirampasnya semula. 

Wanita itu memandang Johan agak lama. Sungguh daripada marah, hatinya kini sarat oleh rasa benci. 

“Jangan buat I jadi benci, Johan. You tak pernah belajar daripada kesilapan dulu. You tekan I dalam keadaan I tak mampu. Sikap mementingkan diri sendiri yang ada dalam diri you semenjak dulu memang tak pernah berubah. You rasa, I mampu gantikan suami semudah itu???”

“Abang dah silap, sayang.”

“You boleh habiskan sepanjang malam ni untuk mengaku salah. I tetap akan keluar. Jangan guna kuasa sebagai suami pada I sekarang, Johan. Sebab dah tak laku!” ucap Lyn selamba. Seterusnya dia mencapai gaun lain pula.

“Lyn….” Johan cuba mengambil gaun itu, tetapi tubuhnya ditolak. 

“Back off!” ucap Lyn tajam.

“Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang…”

“You nak rumah tangga ni jadi macam ni, kan? Let’s enjiy the moment.” Lyn berpaling ke kamar mandi. Tidak kuasa mahu menghadap lelaki itu.

Johan di depan pintu kamar mandi, asyik mengetuk pintu. Tidak sanggup membiarkan isterinya keluar dengan lelaki lain. Dia tahu wanita itu masih mampu menarik perhatian ramai lelaki biarpun anak sudah 3.

Tidak lama kemudian, pintu kamar mandi itu terbuka semula. Lyn keluar tanpa memandang lelaki itu. 

“Lyn… tolonglah….”

Lyn hanya berdiam sebelum dia menayang tubuh di hadapan cermin. Tanpa memperdulikan lelaki itu, dia menghias wajah pula.

Johan mendekati isterinya itu. Bahu sang isteri disentuhnya. 

“Abang masih suami Lyn. Tolong jangan buat abang macam ni,” rayu Johan.

“Sebelum ini I masih isteri you juga, Johan. You tak peduli apa yang I rasa.”

“Takkan selesai masalah ni kalau Lyn buat macam ni.”

“Siapa kata I nak selesaikan masalah ni? I nak masalah ni kekal sepertimana yang ada, Johan.”

“Apa yang patut abang cakap lagi? Abang akan lupakan dia, Lyn. Abang janji.”

Lyn hanya diam. Terus juga menyolek wajahnya biarpun dirayu-rayu oleh lelaki itu. Setelah itu dia berpaling ke arah suaminya semula.

“You jaga anak pula ya? Tidurkan anak kecik you tu. Lepas tu duduk atas katil tu, tunggu I balik. Boleh?” ucap Lyn lembut.

Johan tidak terkata lagi. Dia tahu pujukannya tidak laku lagi jika hati isterinya sudah bulat. 

Setelah mencapai tas tangannya, Lyn memandang suaminya semula. 

“Sekarang you akan kenal I siapa. Curangla lagi!” ucap Lyn sinis.

Bagaimanakah kau harus aku terima? Mengapakah harus dia hadir antara kita? 

Memandu tanpa sebarang rancangan; kononnya hendak bertemu Mr. Jocker. Semua itu dusta belaka. Kalaulah dia tidak lagi punya pegangan, sudah pasti dia berbuat apa saja untuk memuaskan hatinya ini.

Lyn akhirnya singgah di sebuah restoran. Menghabiskan masa sendirian menyaksikan persembahan hand busker di kaki lima restoran itu. Seleranya untuk makan tiada. Makanan yang dipesan tidak dapat dihabiskan. Sudahnya dia bertopang dagu mendengar orang menyanyi, namun fikirannya menerawang jauh.

Gelora melanda di dalam hidupku,
Dapatkah kucari tenang?
Awan kelabu menutup cahaya masaku
Rasa sinarannya 
Sampai bila aku menahan tangisan 
Yang berlubuk dalam jiwa?
Namun kumampu tersenyum 
Pada isi alam dan padamu…
Yang mengecewakan

Perhatian Lyn terhala ke arah si penyanyi. Lagu yang dinyanyikan menyentuh hati kecil yang sedang dibaluti kesedihan.

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahagialah dikau…

Tidak sedar bila matanya berkaca. Adakah dia juga sebenarnya sama saja seperti wanita lain? Setelah semua ini berlaku, dia merasakan seperti telah kehilangan segala-galanya. Sekuat mana pun dia inginkan untuk dirjnya ini, kesedihan itu tetap ada.

Lyn menyeka setitis air mata yang jatuh ke pipinya. Namun semakin kuat suara penyanyi itu menyanyikan lagu tersebut, makin hiba dirasakan. Nyanyian itu seolah-olah mendendangkan hatinya yang sedang merana.

Sudahnya Lyn melambai pelayan dan sekeping not RM50 diletakkan di atas meja. Bimbang tangisannya pecah di situ.

Tetapi di dalam kereta, dia menangis sendirian. Meratapi kesepian hatinya. Tidak pernah sama sekali dia menduga akan dihadapkan dengan takdir sebegini. Sungguh menyakitkan sehingga udara yang dihirup tidak lagi mampu membawa ketenangan di jiwa. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk tabah menghadapi hari esok dan seterusnya.

Ketika kereta dipandu tanpa arah dan tujuan, telefon bimbitnya berbunyi, tanda dia sedang dicari seseorang. Lyn menilik skrin. Nama adik iparnya tertera. Lekas dia menjawabnya.

“Helo, kak. Busy ke?” tanya Ariana.

“Tak. Kenapa?”

“Saja nak borak. Nak tanya pasal Abang Johan. Dia ada kata apa-apa ke?” tanya Ariana. Tidak dapat menahan diri daripada menyibuk hal rumah tangga abangnya itu.

“Akak tengah drive ni. Akak kat luar.”

“Akak buat apa kat luar?” tanya Ariana hairan.

“Saja ambil angin.”

“Really? Kat mana sekarang? Boleh join akak ngeteh,” ujar Ariana teruja.

“Boleh jugak. Akak pun rasa lonely sekarang. Akak ada dekat area Damansara Damai. Nak ngeteh kat mana?” jawab Lyn setelah membaca papan tanda yang terdekat dengannya.

“Okey. Kalau macam itu, Ary bagi lokasi best dekat-dekat situ. Kita lepak kat sana.”

“Okey. See you,” jawab Lyn semula.

Dengan bantuan petunjuk arah, Lyn pergi ke lokasi yang diberikan oleh Ariana. Sebuah restoran yang agak menarik. Pastinya Ariana sudah biasa singgah di situ.

“Hai sis,” sapa Ariana setelah tiba di hadapan Lyn. Terkesan olehnya menungan kakak iparnya itu. Kasihan.

“Hai,” balas Lyn biasa.

“Malam ni dapat keluar pulak? Abang Johan jaga anak?” tanya Ariana lantas menyengih.

Lyn sekadar tersenyum sedikit sambil mengangguk.

“Padan muka dia! Biar dia rasa pulak,” balas Ariana.

Lyn tunduk seketika. Tidak mampu menyembunyikan kesedihan hatinya. Hendak meluahkan bicara, tetapi untuk apa? Keadaan tetap sama.

“Apa dia kata pada akak?”

“Entah. Akak tak nak dengar lagi dah, Ary. Akak dah jemu.”

“Dia tak minta maaf?”

“Minta maaf. Tapi keadaan tak akan sama lagi macam dulu, kan?” jawab Lyn kian hambar perasaannya.

“Habis tu apa yang akak nak buat sekarang?”

Lyn diam. Kuat di luar, namun dalamannya tetap lemah; sama macam wanita lain. Dia tidak mampu menyekat perasaan suaminya terhadap gadis itu. Malah dia juga tidak mampu menghilangkan kesakitan ini begitu sahaja.

“Akak cuma mampu pura-pura tenang. Tapi bila pandang muka dia, akak rasa nak menangis sangat-sangat. Sebab tu akak keluar malam ni. Akak tak boleh, Ary. Pandang muka anak-anak lagilah akak sedih,” luah Lyn perlahan. Puas dihela nafas agar dirinya tenang.

“Ary faham,” jawab Ariana lantas menjamah jemari Lyn. “Ary sebagai adik pun terasa dengan semua ni. Kalau ikutkan hati, Ary nak lempang aja muka Abang Johan tu.”

“Akak tak tahu apa yang dia nakkan sebenarnya. Sebanyak ini usia perkahwinan kami, akak rasa akak makin tak kenal dia. Sedihnya bila dikhianati orang yang paling kita sayang, orang yang paling kita percaya. Lelaki…. semudah itu bercakap tentang hak dan hukum. Tetapi yang menelan sakitnya adalah perempuan.”

Ariana diam memandang kakak iparnya itu.

“Anak-anak kecik lagi. Mungkin dia dah bosan dengan akak. Akak tak beri perhatian pada dia,” luah Lyn lagi.

“Bukan salah akak. Ary tahu akak dah cuba yang terbaik untuk keluarga akak sendiri. Kadang-kadang kita tersepit dengan keadaan. Orang lain mudah sahaja sebut hukum itu dan ini. Yang mengalaminya akak,” ucap Ary lembut.

Lyn diam mendengar bicara Ariana.

“Akak, get up! Jangan salahkan diri sendiri. Sebagai isteri, Ary tahu akak dah cuba jadi isteri yang terbaik untuk Abang Johan. Sebagai ibu pun, Ary tahu akak ibu yang baik. Anak-anak akak sayangkan akak. Dia orang bergantung hidup, kasih sayang pada akak.”

“Apa pun yang berlaku nanti, akak tetap kena teruskan hidup demi anak-anak, Ary.”

“Yes! Tapi Ary tak harapkan perkahwinan akak dan Abang Johan akan berhenti setakat ini. Demi anak-anak akak. Dia orang tak tahu apa-apa. Apa-apa pun keadaannya nanti, Ary tetap akan support akak,” ucap Ariana pula.

Lyn menghela nafas panjang.

“Akak, jangan sedih. Look at yourself! Akak masih cantik, sama macam dulu. Masih menarik. Gunakan itu sebaik-baiknya,” ujar Ariana bersungguh-sungguh.

“Pada mata dia, akak ni dah tak ada nilai apa-apa. Dah tak seistimewa perempuan tu. Muda, masih anak dara. Akak ni anak dah 3.”

“Jangan cakap macam tu. Akak masih ada harganya. Akak pun masih muda.” ujar Ariana bersungguh-sungguh. Melihat keadaan rumah tangga abang dan kakak iparnya ini, sedikit sebanyak dia juga takut hendak berumah tangga sementelah dia baru saja bertunang. Tunangnya Harry pula selalu berada jauh daripadanya. Setiakah lelaki itu sepertimana dia setia selama ini?

Lyn menarik nafas panjang agar dirinya kembali tenang dan kuat. Tiada alasan untuk dia tidak menghargai dirinya biarpun suami sudah tidak suka lagi kepadanya.

Ariana mendekatkan diri ke meja dengan sedikit senyuman.

“Cuba akak dress up semula macam mana akak waktu anak dara dulu,” ujar Ariana lembut.

“Tak sesuailah, Ary. Malu akak. Nanti orang kata akak ni mak orang tak sedar diri,” bantah Lyn lantas menggelengkan kepala.

“Persetankan apa orang nak kata. Do what you want!”

“Tak nak. Akak malu kena tegur dengan abah akak dulu. Dia bukannya suka pun,” ujar Lyn perlahan. Dulu waktu anak dara, jenuh kena sekolah dengan abahnya. Suka berpakaian macam perempuan barat. Sekarang, dia lebih suka mengenakan seluar ke pejabat. Di tempat kerja lama, tiada masalah. Dia mengenakan uniform kerja.

“Alah… sekejap aja. Biar terjuling mata perempuan tu. Sekali dengan Abang Johan terjuling,” hasut Ariana.

Lyn diam sambil memandang lama adik iparnya. Saat ini dia hanya terfikir hendak menang dengan gadis itu. Bukan lagi untuk memikat Johan semula.

“Shopping? Maybe tomorrow,” pelawa Ariana lantas tersenyum lebar.

Lyn ketawa kecil. Sudahnya dia mengangguk.

“Sekurang-kurangnya kita tak ketuk duit orang tu untuk shopping. Euww…. apa kelas jadi gold digger. Mentality low class,” ucap Ariana sengaja menayang lagak angkuh.

“Eleh…. dengan Harry tak jadi gold digger ke?”

“Berani cubalah. Mamat tu bukannya melayan kalau minta apa-apa. Bila dia nak hadiahkan apa-apa, dia bagi aja walaupun kita tak minta,” balas Ariana.

“Baguslah macam tu. Untunglah dapat tunang prihatin,” jawab Lyn sedikit meleret sebelum dia ketawa.

“Harry tu cerewet. Tak suka perangai perempuan low class. Mungkin sebab dah terbiasa dengan cara ibu dia.”

Lyn tersenyum. Ibu kepada lelaki bernama Harry itu usahawan aksesori wanita. Memiliki beg tangan berjenama terkenal, yang bukan untuk orang kebanyakan seperti dia.

“Kadang-kadang rasa takut pulak nak kahwin. Harry tu ramai perempuan di sekeliling dia.”

“Alah…. kalau dia nak curang, dia curang juga, tak kisahlah ramai perempuan ke tidak, Ary. Ingat Abang Johan tu kaki perempuan ke selama ni?” jawab Lyn selamba.

“Ya tak ya, kan?” sambut Ariana.

“Tak semua orang merasa apa yang akak rasa sekarang. Jangan takutlah,” balas Lyn lembut.

Ariana segera mengangguk. Sedar yang takdir manusia itu tidak selalunya sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan